25 acara menarik bakal diadakan di Pesta Daro

DARO – Pesta daro yang akan diadakan pada setiap tahun bermula 25 Ogos hingga 1 September 2024 akan datang bakal menyajikan pelbagai program menarik.

ADUN Daro, Safiee Ahmad berkata, pesta kali ini terbahagi kepada beberapa kategori yang keseluruhannya meliputi 25 acara antaranya pameran gerai komuniti, pasar tani, pelancongan dan pendidikan, pembangunan usahawan, sukan dan riadah, pembangunan ekonomi, pentas rakyat, agensi bersama rakyat, pemimpin bersama rakyat dan lain-lain lagi yang melibatkan penyertaan pelbagai peringkat masyarakat.

“Pesta Daro merupakan satu acara yang unik, kerana kita bukan hanya memfokuskan kepada pesta semata-mata akan tetapi akan menambahbaik dari segi pengisiannya pelbagai program sekali gus menjadikannya sebagai acara tumpuan pada setiap kali penganjurannya.

“Melihat kepada persiapan yang telah pun diusahakan oleh semua jawatankuasa, saya berkeyakinan pada tahun ini pesta kali ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih hebat,” katanya ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pesta itu, di Daro pada Selasa.

Selain itu, pesta ini dapat menyediakan peluang ekonomi melalui pembukaan gerai jualan untuk peniaga menjual dan mempromosi produk masing-masing. Oleh yang demikian, beliau sangat menggalakkan orang ramai untuk turut serta menghadiri pesta tersebut. Inilah peluang terbaik kepada masyarakat kita khususnya daripada sudut aspek sosio dan ekonomi kerana berdasarkan pengalaman kita yang lepas, ia menjana pendapatan yang agak banyak, ujarnya.

“Kalau tidak silap saya, pada suatu ketika hasil jualan pesta ini, pernah mencecah lebih RM1 juta dan secara tidak langsung satu peluang keemasan khususnya untuk peniaga kecil daerah ini, ” katanya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik