Masjid Al-Ehsan, Pagoda Tongkang Yard ‘role model’ keharmonian kaum, agama

ALOR SETAR – Masjid Al-Ehsan dan Pagoda Tongkang Yard yang terletak bersebelahan menjadi simbol keharmonian antara kaum serta agama di kawasan Kota Darul Aman, Kedah.

Kedua-dua rumah ibadat itu bukan sekadar berdiri megah bersebelahan, malah saling berkongsi kemudahan dalam semangat toleransi yang tinggi.

Wakil Masjid Al-Ehsan, Ustaz Muhammad Annaz Aziz berkata, hubungan erat antara penganut Islam dan penganut agama lain di kawasan itu sudah lama terjalin.

“Kami hidup dalam suasana penuh harmoni, tiada isu perkauman atau agama, malah setiap rumah ibadat di sini saling membantu demi kesejahteraan bersama.

“Sebagai contoh, pada hari Jumaat, pihak pagoda membenarkan jemaah masjid menggunakan kawasan parkir mereka.

“Begitu juga jika ada program di pagoda, masjid akan memberikan laluan yang sama,” katanya yang juga bilal masjid berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darul Aman, Teh Swee Long menyifatkan perpaduan yang ditunjukkan masyarakat di kawasan itu sebagai manifestasi konsep musyawarah dan toleransi.

Beliau menegaskan, rakyat Malaysia perlu menolak ekstremisme yang boleh menggugat keharmonian serta menjejaskan semangat perpaduan antara kaum dan agama.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, semangat saling memahami dan bertoleransi di kawasan tersebut wajar dijadikan contoh di seluruh negara.

“Keakraban antara Masjid Al-Ehsan dan Pagoda Tongkang Yard membuktikan bahawa perpaduan dan keharmonian kaum serta agama adalah kunci utama keutuhan pembinaan negara bangsa Malaysia,” katanya.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan