Kerajaan MADANI tegas banteras ketirisan barang kawalan bersubsidi

KERAJAAN MADANI menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus komited mengekang ketirisan barang kawalan bersubsidi menerusi penguatkuasaan undang-undang.

Hal itu terbukti apabila Mahkamah Sesyen Kangar hari ini menjatuhkan hukuman denda RM17,000 ke atas seorang pemandu lori yang didapati memiliki 1,220 liter petrol bersubsidi secara tidak sah.

Tertuduh, Muhammad Dinie Fahmi Zulkepli, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Berdasarkan fakta kes, pihak berkuasa menemui petrol dalam beberapa tong dram dan tong plastik di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Wang Kelian, Kaki Bukit, Padang Besar, sekitar pukul 5.10 petang pada 18 September 2023.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22 (1) akta sama.

Pegawai Pendakwa KPDN, S. Mugunthan, memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum kerana kes itu melibatkan penyelewengan bahan bakar bersubsidi yang memberi kesan kepada kepentingan awam.

Mahkamah turut mengarahkan wang hasil jualan rampasan petrol bernilai RM2,501 dijadikan hasil negara serta barang kes dilupuskan.

Keputusan mahkamah ini membuktikan ketegasan kerajaan dalam memastikan barang kawalan bersubsidi tidak disalahgunakan dan terus sampai kepada golongan yang berhak.

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu