Sarawak tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Ahli Parlimen Wanita ASEAN

KUCHING – Sarawak telah terpilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Ahli Parlimen Wanita Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (WAIPA) yang akan diadakan di pusat peranginan Damai Lagoon, Kuching, dari 21 hingga 24 April 2025.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, berkata mesyuarat ini diadakan dengan kerjasama Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri Sarawak, bertemakan kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang menekankan unsur keterangkuman dan inklusiviti.

“Mesyuarat WAIPA 2025 ini adalah platform bagi Ahli Parlimen Wanita negara-negara ASEAN untuk berbincang mengenai isu-isu pembangunan wanita, kanak-kanak, dan keluarga dalam konteks ASEAN,” ujar Alice Lau.

Beliau menambah bahawa ini adalah kali pertama mesyuarat tersebut diadakan di Sarawak, dengan tujuan untuk mempromosikan lebih banyak lokasi menarik di Malaysia selain Kuala Lumpur.

Sebelumnya, semua mesyuarat WAIPA hanya diadakan di ibu kota Malaysia, namun tahun ini, usaha untuk membawa mesyuarat ke negeri-negeri lain seperti Sarawak, Pahang, dan Selangor, bagi memperkenalkan keindahan dan kepelbagaian lokasi di Malaysia.

Mesyuarat utama WAIPA akan tetap berlangsung di Kuala Lumpur pada September 2025, namun mesyuarat di Sarawak pada bulan April akan menjadi permulaan bagi siri mesyuarat jawatankuasa lain yang dijadualkan pada Mei dan Jun.

Perhimpunan ini akan menyaksikan penyertaan delegasi dari negara-negara ASEAN seperti Vietnam, Kemboja, Myanmar, Singapura, Brunei, dan Laos.

Alice turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, atas sambutan mesra dalam kunjungan hormatnya.

Beliau berharap hubungan baik antara Kerajaan Sarawak dan Parlimen Malaysia dapat terus terjalin erat melalui inisiatif ini.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok