300 ekor ayam golek harga RM1 laris dalam setengah jam

ALOR SETAR – Dalam tempoh setengah jam, sebanyak 300 ekor ayam golek yang dijual dengan harga RM1 oleh sebuah restoran di sini, habis dijual kepada orang ramai yang menyerbu lokasi tersebut.

Pemilik sebuah restoran di sini, Mohamad Amri Mhd Shukri, 29, berkata, dia tidak menyangka tawaran dibuatnya itu mendapat sambutan luar biasa dengan ada antara pengunjung yang hadir seawal 12 tengah hari bagi mendapatkan nombor giliran.

“Kami mula menguar-uarkan mengenai penjualan ayam ini kira-kira seminggu lalu di media sosial dengan memaklumkan orang ramai boleh beratur pada pukul 2 petang dan edarannya akan bermula pada pukul 4 petang.

“Namun bermula pukul 12 tengah hari tadi, orang ramai sudah mula hadir dan beratur bagi mengambil nombor giliran. Apabila kami mula edarkan nombor pada pukul 2 petang, dalam tempoh setengah jam saja nombornya sudah habis.

“Keadaan itu menyebabkan ada sebahagian pengunjung yang tidak dapat membeli ayam pada harga tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, tindakan menjual ayam golek pada harga RM1 pada hari pertama Ramadan itu dibuat bagi mempromosikan bazar Ramadan yang menempatkan sebanyak 77 gerai di sekeliling restoran berkenaan.

“Bazar Ramadan ini baharu dibuka pada tahun ini dan dengan cara ini dapatlah orang ramai berkunjung ke sini dan promosi secara ini sangat berkesan,” katanya.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak