Polis akan laksana pelupusan bom kali kedua di Kinarut, Ahad ini

PAPAR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar akan melaksanakan aktiviti pelupusan bom lama buat kali kedua pada Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Papar, Supritendent Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pada 28 Februari lalu, pihaknya menerima laporan penemuan bom berkenaan yang merupakan bom kedua ditemui di Tapak Pembinaan Loji air, berhadapan Kilang Plastik Lok Kawi Industries Sdn. Bhd, Kinarut.

“Bom pertama telah berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah setelah ditemukan di kawasan sama.

“Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Papar, disertai semua Jabatan Daerah Papar, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan agensi-agensi berkaitan telah sepakat melupuskan bom kedua itu pada tarikh yang tersebut, pukul 10 pagi di lokasi penemuan bom berkenaan.

“Pemusnahan itu akan dilaksanakan dengan mematuhi segala Operasi (OPC) No.8 dan pengurusan risiko bencana letupan di bawah Nadma No.1,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, pada Sabtu.

Oleh itu, pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak berada di sekitar radius satu kilometer (km) persegi di kawasan pemusnahan bom berkenaan dijalankan.

“Orang awam perlu mematuhi untuk keluar serta meninggalkan kediaman atau bangunan dan berada di kawasan lapang dalam jarak satu km dari lokasi pemusnahan.

“Bawa barang-barang berharga bersama ketika meninggalkan kediaman atau bangunan, letakkan barang-barang mudah pecah di atas lantai, tutup dan kunci pintu semasa meninggalkan kediaman serta pastikan tingkap cermin dibuka.

“Beberapa jalan utama juga akan ditutup pada jarak satu km dan orang awam dinasihatkan untuk mencari jalan alternatif lain serta diminta untuk bertenang, jangan mengambil keputusan secara melulu hingga boleh menyebabkan mengganggu gugat ketenteraman awam, ” tegasnya.

Sehubungan itu, polis menjelaskan akan memaklumkan dengan kadar segera sekiranya operasi pemusnahan selesai dan selamat kepada orang awam.

Ujarnya, UPB akan cuba sedaya upaya menitik beratkan aspek keselamatan bagi meminimumkan kesan dan impak kepada orang awam serta kerosakan harta benda.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion