UMNO cadang 8 nama, Pas kemuka 3 nama untuk PRK Ayer Kuning

UMNO Bahagian Tapah mengemukakan enam calon yang akan dicadangkan untuk bertanding PRK DUN Ayer Kuning.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata enam individu berkenaan adalah dalam kalangan lapan Ahli Jawatankuasa UMNO empat peringkat Bahagian Tapah dengan dua daripadanya menarik diri.

Beliau berkata, mereka membabitkan Pemangku Ketua Bahagian yang juga Timbalan, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tapah.

Menurutnya, cadangan enam nama berkenaan adalah mengikut Fasal 15.13.1 Perlembagaan UMNO yang menyebutkan jawatankuasa UMNO bahagian dikehendaki menyediakan cadangan nama namun keputusan muktamad adalah di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta presiden.

“Mesyuarat jawatankuasa bahagian sudah diadakan di mana mereka memutuskan agar mandat (cadangan nama calon) diserah kepada saya sebagai Pengerusi Perhubungan.

“Semalam saya dapat mandat itu semasa kita mengadakan mesyuarat jawatankuasa empat peringkat, yang mana mandat yang saya dapat daripada mereka semua adalah kita hantar lapan nama.

“Lapan nama yang kita akan hantar ini hendaklah dipersetujui, untuk dipilih oleh presiden parti tetapi jika daripada lapan itu ada mereka yang berhasrat untuk menarik diri mereka boleh beritahu, WhatsApp kepada saya.

“Setakat ini sudah dua orang WhatsApp saya untuk menarik diri, menjadikan sekarang tinggal enam,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin baru-baru ini.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK DUN Ayer Kuning pada 7 Mac ini.

Pada PRU15, Allahyarham Ishsam memenangi kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

Dalam perkembangan sama, Sinar Harian melaporkan Pas Perak sudah menyenarai pendek tiga nama bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah, Abd Muhaimin Malek berkata, semua calon yang dikemukakan itu merupakan anak tempatan berusia bawah 50 tahun yang aktif berkhidmat di peringkat akar umbi.

Related Posts

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Petaling Jaya kini secara rasmi kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara