Penambahbaikan manual Kor Suksis perkasakan mahasiswa terbilang

KANGAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Sekretariat Tetap Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) telah membangunkan serta menambah baik manual Kor Suksis bagi memastikan pembentukan mahasiswa yang lebih berkualiti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, usaha tersebut bertujuan memperkasakan keperibadian anggota Kor Suksis supaya mereka dilengkapi dengan kemahiran, akhlak, rohani dan insaniah yang unggul.

“Kor Suksis bukan sekadar program kokurikulum di universiti, tetapi ia adalah platform terbaik bagi membentuk mahasiswa yang berdisiplin, berintelektual serta mempunyai jati diri yang kukuh.

“Dengan pembelajaran sepanjang hayat sebagai asas, Kor Suksis mampu melahirkan generasi pemimpin masa depan yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia moden,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor Suksis (SMART Suksis) 2.0 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) hari ini.

Menurut beliau, sejak penubuhannya, Kor Suksis telah menganjurkan 20 Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Inspektor Kor Suksis, dengan hampir 25,000 mahasiswa dan mahasiswi ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Suksis.

Tambahnya, sebahagian daripada mereka telah berjaya menyarung seragam PDRM dan mengisi jawatan kritikal seperti Unit Tindak Khas, Komando 69, Pasukan Gerakan Udara dan Marin serta Unit Pemusnah Bom.

“Angka ini jelas membuktikan keberkesanan Kor Suksis dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga mempunyai daya kepimpinan dan disiplin yang tinggi dalam kerjaya kepolisan,” ujarnya.

Beliau berharap usaha memperkasakan manual Kor Suksis ini akan terus diperkukuhkan agar program tersebut dapat menghasilkan lebih ramai mahasiswa yang bersedia menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan negara.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor