Warga Israel dihukum penjara 7 tahun miliki peluru, senjata api

PUTRAJAYA – Lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan berkaitan peluru dan senjata dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kajang, hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mohd Zaki Mohd Salleh memutuskan hukuman itu selepas Avitan menukar pengakuan bersalah atas dua pertuduhan utama dan pilihan dalam prosiding di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi pertuduhan utama dan tujuh tahun untuk pertuduhan pilihan.

“Hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 28 Mac 2024,” katanya.

Mengikut pertuduhan utama, Avitan, 39, didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm berisi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd berisi 150 butir peluru dan 42 butir peluru dalam tiga senjata tanpa lesen atau senjata.

Lelaki itu juga didakwa atas pertuduhan pilihan memiliki enam senjata api jenis Glock 19 USA 9×19, Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA and Stoeger Cougar 8000F.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Kesalahan dilakukan di dalam bilik hotel di Jalan Ampang di sini pada pukul 6.46 petang, 26 Mac dan 6 petang, 28 Mac 2024.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan peguam mengemukakan representasi ketiga kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 19 Februari lalu, untuk memohon pertuduhan kedua diberikan pertuduhan pilihan kepada anak guamnya.

“Tertuduh mahu mengaku bersalah terhadap pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan dan bersedia menjalani hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

“Lanjutan daripada representasi dikemukakan itu, pada 20 Februari lepas, AGC membalas representasi tersebut dan bersetuju dengan representasi dipohon tertuduh,” kata Mohamad Mustaffa.

Mendengar perkara itu, peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Avitan mengesahkan mengenai representasi itu.

Sementara itu, berhubung rayuan Naran berkata anak guamnya yang juga pemilik syarikat pembekalan perubatan di New York mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan masing-masing berumur 16, 10 dan 9 tahun manakala isterinya tidak bekerja dan menetap di Israel.

“Tertuduh juga bersetuju untuk menjalani hukuman penjara tujuh tahun yang mana hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 28 Mac 2024.

“Selain itu, tertuduh mohon pasport antarabangsa, 14 kredit kad dan empat telefon bimbit milik tertuduh diserahkan kepada penjara,” kata peguam itu.

Related Posts

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

ARAU – Kementerian Ekonomi akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disambung bagi tempoh seterusnya selepas terbukti membantu usahawan B40 menjana pendapatan. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran “Datuk Seri” (Dato’ Seri) bersempena dengan Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor