2 pekerja kilang maut, 7 parah mesin meletup

TANGKAK – Dua pekerja kilang dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas menjadi mangsa letupan sebuah mesin pembuatan dan pemprosesan getah di industri berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, tujuh lagi pekerja kilang terbabit turut parah dan kini masih dirawat di unit zon merah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, dua mangsa warga tempatan berusia 40-an dan 50-an itu disahkan meninggal dunia semalam ketika masing-masing sedang menerima rawatan di HPSF dan Hospital Tangkak.

“Seramai sembilan mangsa termasuk tiga warga asing terbabit dalam insiden itu. Mereka terdiri daripada enam warga tempatan termasuk dua yang meninggal dunia, manakala tiga lagi warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kesemua mangsa sedang menyelenggara lima buah mesin di kilang terbabit. Bagaimanapun, salah satu daripadanya tiba-tiba meletup hingga mencederakan sembilan pekerja.

“Proses bedah siasatan ke atas kedua-dua mangsa bermula pagi ini bagi mengenal pasti punca kematiannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara