Johor berjaya pulihkan 5 daripada 14 sungai tercemar

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor berjaya memulihkan lima daripada 14 sungai berstatus tercemar di negeri ini hasil daripada aktiviti pembersihan dijalankan secara kerjasama dengan beberapa sukarelawan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, meskipun belum berjaya sepenuhnya, namun usaha mengeluarkan lima sungai daripada senarai tercemar itu membuktikan kegigihan Kerajaan Negeri yang turut memberikan perhatian terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.

Kata beliau, bagi merancakkan lagi agenda itu, Kerajaan Johor pada tahun ini telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi aktiviti membersihkan Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Pasir Gudang.

“Kerajaan negeri sasar untuk keluarkan dua lagi sungai iaitu Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu, daripada senarai tercemar dengan kerja pembersihan dan rawatan kualiti air supaya tahap kualiti air dapat dipertingkatkan.

“Dua sungai ini, sumber air mentah kurang dan air kebanyakannya dari kegunaan perumahan dan industri yang menyebabkan berada di tahap keempat ke atas, bererti tahap kotor dan sudah lama dalam senarai tercemar,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini pada Program Southern Volunteer Go Green X Johor Bersih di Kampung Bakar Batu di Sungai Tebrau, di sini, semalam.

Manakala ujar Onn Hafiz, sebanyak RM7 juta pula diperuntukkan untuk membersihkan Sungai Skudai dan Sungai Tebrau.

“Kita perlu berusaha melipatgandakan strategi untuk memastikan dapat sifarkan sembilan sungai yang masih tercemar. Selain proses pembersihan, kesedaran semua pihak terhadap kebersihan sungai juga perlu diterapkan agar tahap kebersihan dapat dikekalkan.

“Kita dapati banyak sampah-sampah yang datang di sungai kita adalah dari kawasan perumahan dan setinggan. Ia bukan perkara yang mudah, takkan nak datang bersihkan hari-hari.

“Kena nasihat mereka jangan buang sampah dalam sungai, jangan buang sampah luar kereta, tepi jalan, jangan hisap rokok dan buang putung rokok merata-rata,” katanya.

Related Posts

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan merampas 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan, bernilai RM55,079.20, menerusi serbuan serentak di tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat