Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Sabah, Grace Lee Li Mei berkata, bekalan elektrik merupakan keperluan asas yang penting kepada kehidupan harian rakyat dan hampir semua kegiatan ekonomi, termasuk sektor pembuatan, pelancongan serta perniagaan kecil.

“Pertumbuhan sektor pembuatan yang semakin kukuh memerlukan bekalan elektrik yang stabil bagi memastikan operasi kilang, penggunaan mesin dan proses pengeluaran berjalan lancar.

“Gangguan bekalan elektrik turut berpotensi menjejaskan operasi peniaga kecil, merosakkan stok barangan serta mengurangkan pendapatan mereka.

“Pelaburan untuk memperkukuh bekalan elektrik akan memberikan manfaat yang luas.

“Ia bukan sahaja meningkatkan keselesaan rakyat, malah dapat mengurangkan kerugian perniagaan dan mengukuhkan keyakinan pelabur untuk mengembangkan kegiatan ekonomi di Sabah.

“Penyelenggaraan prasarana dan pelaksanaan projek mengikut jadual perlu diberikan penekanan bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat berfungsi dengan baik serta memberi manfaat kepada rakyat di seluruh Sabah,“ kataya dalam kenyataan media di sini pada Jumaat.

Menurut Grace, selain itu Belanjawan 2027 juga perlu memberikan perhatian kepada pembangunan prasarana asas, khususnya jalan raya yang baik serta bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan rakyat dan industri.

“Saya ingin tekankan mengenai kepentingan menangani kos sara hidup melalui bantuan yang dapat meringankan perbelanjaan keluarga, termasuk keperluan makanan, pengangkutan dan persekolahan anak-anak.

“Saya berharap bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat disalurkan dengan mudah serta tepat pada masanya, di samping memperkukuh pembangunan kemahiran belia menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Kejayaan Belanjawan 2027 perlu dinilai berdasarkan keberkesanan pelaksanaannya dan sejauh mana manfaat peruntukan dapat dirasai rakyat dalam kehidupan seharian,” tegasnya.

Pembentangan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diikuti secara langsung menerusi semua saluran televisyen dan platform digital utama pada pukul 3.30 petang ini.

Related Posts

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

PUTRAJAYA – Pasaran buruh negara terus menunjukkan perkembangan positif apabila kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding tiga peratus pada Julai, dengan bilangan penganggur berkurang sebanyak 8,700…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan merampas 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan, bernilai RM55,079.20, menerusi serbuan serentak di tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse