Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan merampas 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan, bernilai RM55,079.20, menerusi serbuan serentak di tiga premis perniagaan berasingan di daerah ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Sandakan, Joe Azmi Jamil berkata, operasi penguatkuasaan yang dijalankan kira-kira jam 12 tengah hari pada 7 Oktober itu membabitkan tiga pasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Sandakan.

“Rampasan dilakukan selepas pemeriksaan mendapati barangan berkenaan disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran pemilik sah.

“Operasi ini turut mendapat kerjasama wakil pemilik cap dagangan bagi jenama daun terup terbabit untuk membantu mengesahkan ketulenan barangan yang diperiksa.

“Hasil serbuan, sebanyak tiga kes telah dihasilkan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815),” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Jumaat.

Menurut Joe Azmi, peniaga perlu sentiasa mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa, khususnya berkaitan penjualan barangan berjenama.

“Para peniaga juga perlu memastikan setiap barangan berjenama yang dijual di premis masing-masing diperoleh melalui pembekal yang sah.

“Pematuhan terhadap peraturan berkenaan penting bagi mengelakkan penjualan barangan yang melanggar hak cap dagangan berdaftar serta memastikan kepentingan pengguna dan pemilik harta intelek terus dilindungi.

“Individu yang disabitkan kesalahan pertama di bawah Akta Cap Dagangan 2019 boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 bagi setiap barangan tiruan, atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Tambahnya, bagi kesalahan berikut, individu boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 bagi setiap barangan, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Syarikat atau pertubuhan perbadanan yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM15,000 bagi setiap barangan untuk kesalahan pertama, manakala denda sehingga RM30,000 bagi setiap barangan boleh dikenakan bagi kesalahan berikutnya.

“Di pihak kami, kami akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam penjualan atau pengedaran barangan tiruan yang melanggar hak harta intelek serta berpotensi mengelirukan pengguna.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan atau salah laku peniaga boleh menyalurkan aduan menerusi laman rasmi KPDN,” tegasnya.

Foto: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan

Related Posts

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse