Guru tuisyen ditemukan maut di rumah kedai

IPOH – Seorang wanita, 53 tahun, yang juga guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di lengan dan leher di sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat tuisyen di Jalan Hoover di sini, pada Sabtu.

Mangsa difahamkan baru menjalani pembedahan mata pada 19 Februari lalu.

Pemangku Ketua Polis Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, laporan penemuan mayat wanita itu dibuat suaminya jam 5 petang.

“Mayat wanita itu berada dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di tingkat dua rumah kedai itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kelar di lengan dan leher ditemukan pada mayat tersebut. Kita turut menjumpai sebilah pisau lipat berhampiran mayat.

“Si mati disyaki meninggal dunia kurang enam jam sebelum mayatnya dijumpai dan siasatan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohamad Sajidan berkata, menerusi temubual bersama suami mangsa, dia mendakwa isterinya pernah menyatakan hasrat tidak sanggup hidup ekoran tidak mampu menahan kesakitan mata yang ditanggungnya.

Ujarnya, setakat ini pemeriksaan awal pakar forensik mendapati punca kematian dipercayai akibat kecederaan kelar di leher dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Posts

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

SIBU – Niat untuk menyertai lelongan barangan antik membawa padah apabila seorang pengarah syarikat pembinaan kerugian RM222,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tidak wujud secara dalam talian. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan