Akta Pendanaan Politik harus disegera, pemerkasa sistem demokrasi negara- MCW

PUTRAJAYA – Wujud keperluan buat kerajaan mempercepatkan penggubalan dan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik, seperti yang disarankan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, cadangan itu merupakan langkah penting dalam memastikan politik di Malaysia bebas daripada pengaruh wang yang tidak telus, selain berpotensi merosakkan sistem demokrasi negara.

Beliau berpandangan, penggubalan akta tersebut secara komprehensif berkebolehan meningkatkan kedudukan Malaysia menerusi Indeks Persepsi Rasuah (CPI),  yang mana negara ketika ini berada pada kedudukan ke-57.

“Salah satu faktor yang dinilai dalam CPI adalah ketelusan dalam pembiayaan politik dan keupayaan sesebuah negara mengawal pengaruh kewangan terhadap proses demokrasi.

“Dengan adanya akta ini, Malaysia dapat menunjukkan komitmen terhadap integriti politik dan mengurangkan kebimbangan berkaitan politik wang, dana gelap, serta penderma berkepentingan yang boleh mempengaruhi dasar negara,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Azam yang menggesa supaya penggubalan Akta Pembiayaan Politik dipercepatkan, dengan tumpuan khusus kepada pembiayaan semasa kempen pilihan raya.

Jelasnya, cadangan itu sudah diutarakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam pada itu, Jais berkata, ketelusan dalam pembiayaan politik memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi antarabangsa terhadap integriti sistem politik Malaysia.

“Negara-negara dengan kawalan ketat terhadap pembiayaan politik, seperti Jerman dan Kanada, sering mendapat skor tinggi dalam CPI. Sebaliknya, negara yang gagal mengawal pembiayaan politik sering dikaitkan dengan politik kleptokrasi dan budaya kronisme.

“Justeru, ketelusan yang lebih tinggi bukan sahaja meningkatkan keyakinan pelabur asing tetapi juga mengukuhkan reputasi Malaysia di peringkat global,” katanya.

Dalam pada itu, Jais berpandangan, Akta Pembiayaan Politik perlu memastikan semua parti politik dan calon pada pilihan raya wajib mengisytiharkan sumber dana mereka, termasuk sumbangan daripada individu, syarikat atau badan asing.

“Had maksimum juga perlu ditetapkan bagi sumbangan yang boleh diterima dan jumlah perbelanjaan semasa kempen pilihan raya selain sebarang bentuk pembiayaan daripada pihak luar negara harus dilarang bagi mengelakkan campur tangan luar dalam politik negara

“Pada masa sama, parti dan calon mesti melaporkan secara berkala bagaimana dana mereka digunakan bagi mengelakkan penyalahgunaan dan transaksi mencurigakan,” katanya.

Bagi memastikan akta itu berkesan secara holisitik, beliau mencadangkan sebuah badan berkecuali yang tidak dikawal oleh kerajaan atau parti politik perlu ditubuhkan bagi memantau sumbangan dan perbelanjaan politik secara telus. 

“Semua parti politik mesti menyerahkan laporan kewangan berkala yang diaudit oleh firma bebas dan dipantau SPRM serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta hukuman berat seperti denda tinggi dan pembatalan kelayakan bertanding perlu dikenakan kepada individu atau parti yang melanggar undang-undang itu.

“Semua laporan kewangan parti politik juga harus diterbitkan dalam satu platform yang boleh diakses oleh rakyat bagi membolehkan semakan dan analisis oleh masyarakat sivil,” katanya.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA