Kempen keselamatan aktiviti air fokus tingkatkan kesedaran masyarakat

LAWAS – Sempena ‘World Drowning Preventation Day: Anyone Can Drown, No One Should’ satu kempen kesedaran keselamatan aktiviti air telah dilaksanakan di Jeti Waterfront Kampung Awat-Awat, Sundar, Lawas, baru-baru ini.

Fokus utama kempen tertumpu kepada pengusaha bot penambang, ketua kaum dan ketua masyarakat yang memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat setempat.

Taklimat ringkas berkenaan kempen tersebut telah disampaikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lawas, PPgB Azman Ibrahim bersama PBK II Ngo Avan, PB Zulhi dan PBW Nur Laila.

Antara objektif pelaksanaan kempen ialah kesedaran berkaitan keselamatan di air, menyampaikan tips keselamatan di air, tatacara menyelamat di air dan penggunaan peralatan keselamatan di air.

Menurut Azman, aspek keselamatan di air sangat penting dengan menyediakan peralatan keselamatan dan pemakaian peralatan perlindungan keselamatan di air seperti jaket keselamatan.

Turut hadir pada taklimat ringkas kempen tersebut adalah Penghulu Hantin, Penghulu Johari, Ketua Kampung Bangsal, En Rakawi; Ketua Kampung Sinampuan, En Mohd Jaini; Ketua Kampung Masjid, En Man Tahar dan Ketua Kampung Lot Perpindahan Awat-Awat, Hj Maris.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy