‘Skandal rasuah Kerajaan Negeri Sabah perlu ditangani dengan tekun, bertanggungjawab’

KOTA KINABALU – Isu rasuah yang membabitkan beberapa pemimpin Kerajaan Negeri Sabah perlu ditangani dengan penuh ketekunan dan tanggungjawab kata Setiausaha Democratic Action Party (DAP) Sabah, Vivian Wong Shir Yee dalam satu kenyataan pada Selasa.

Vivian yang juga merupakan Ahli Parlimen Sandakan berkata, ia penting bagi menegakkan integriti dan kepercayaan awam.

“Isu rasuah berkaitan Kerajaan Sabah mesti ditangani dengan penuh ketekunan dan tanggungjawab untuk menegakkan integriti dan kepercayaan awam.

“Sehubungan itu, kenyataan Ramkarpal Singh mengesahkan pendirian tegas DAP Sabah menentang sebarang bentuk rasuah dan menggesa siasatan segera dijalankan.

“Kami telah berulang kali menggesa SPRM untuk memuktamadkan siasatan secepat mungkin supaya ia boleh melalui proses kehakiman untuk proses mencari fakta,” katanya.

Vivian turut berkata, sebarang keseimpulan mengenai perkara tersebut haruslah berdasarkan fakta yang menyeluruh dan bukannya dakwaan yang tidak disahkan atau berat sebelah.

Maka, beliau berkata, adalah penting untuk SPRM menyelesaikan siasatan segera agar hasil siasatan dapat diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Kami percaya bahawa DPP akan menjalankan semakan yang teliti dan saksama sebelum mengambil sebarang tindakan yang perlu tepat pada masanya,” ujarnya.

Tambahnya, Pakatan Harapan (PH) Sabah kekal komited kepada tadbir urus yang baik dan akan menilai dengan teliti kedudukannya dalam kerajaan negeri dari semasa ke semasa.

Related Posts

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

JOHOR BAHRU – Seramai 19,471 pengundi awal atau 94.49 peratus daripada keseluruhan pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 telah menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 18 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka Polis Johor hasil daripada 56 laporan polis yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang