Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi.

Projek rintis yang diperkenalkan kerajaan negeri menerusi Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) itu dilancarkan di Perak Techno-Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem kesihatan pintar di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelaksanaan kios berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, Kios SIHAT AI memudahkan orang ramai menjalani saringan kesihatan asas secara percuma selain selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 yang menekankan pencegahan, pengesanan awal serta akses kesihatan lebih inklusif kepada masyarakat bandar, luar bandar dan golongan rentan.

“Melalui Kios SIHAT AI, proses saringan menjadi lebih mudah, pantas dan boleh diakses secara percuma di premis kerajaan serta pusat komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kios berkenaan di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, projek rintis itu memberi kemudahan kepada rakyat mendapatkan pemeriksaan kesihatan ringan tanpa perlu ke hospital.

Katanya, pengguna bukan sahaja boleh menjalani pemeriksaan kendiri secara percuma, malah turut berpeluang mendapatkan konsultasi secara dalam talian bersama doktor panel.

“Kita mahu rakyat lebih mudah mendapatkan saringan kesihatan asas, selain mengumpul data kesihatan bagi meningkatkan kesedaran terhadap penyakit seperti diabetes dan hipertensi,” katanya.

Kios yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara Digital Perak dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Realiti Lanjutan Sdn Bhd (COEXRT-AI) itu menggabungkan teknologi penjagaan kesihatan pintar berasaskan AI, analitik data dan infrastruktur digital kesihatan.

Antara kemudahan disediakan termasuk pemeriksaan tekanan darah, kadar denyutan jantung, paras oksigen darah, suhu badan, glukosa darah, kolesterol, asid urik, berat badan, indeks jisim badan (BMI) serta analisis komposisi badan.

Selain itu, kios berkenaan turut dilengkapi teknologi imbasan wajah berasaskan AI bagi menganalisis risiko awal kesihatan, rekod kesihatan digital peribadi, sokongan kesejahteraan mental menerusi aplikasi realiti maya (VR), kemudahan teleperubatan serta peralatan bertaraf klinikal yang diluluskan pihak berkuasa.

Saarani berkata, pelaksanaan Kios SIHAT AI juga menyokong agenda SMART Perak dan pembangunan Ekonomi Digital Negeri Perak melalui penyelesaian digital yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Pelaksanaan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan negeri dalam memperluas akses saringan kesihatan awal, sekali gus memperkukuh budaya pencegahan penyakit menerusi penggunaan teknologi moden yang lebih mesra komuniti.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan