Selepas Ahmad Fadhli, giliran Tuan Ibrahim pula bidas parti Gerakan

PUTRAJAYA – Tindakan Gerakan yang menyokong pendirian DAP mengenai sumbangan syarikat arak di sekolah-sekolah aliran Cina menimbulkan ketidakpuas hati di kalangan pimpinan tertinggi Pas.

Jika semalam rasa tidak puas hati itu disampaikan ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari kali ini kenyataan keras dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau sepatutnya perlu mendukungi mana-mana nilai baik yang telah dibuat atas dasar parti dalam Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun mungkin kenyataan itu pandangan peribadi beliau (Dominic) tetapi sebagai presiden parti, ia boleh dianggap pendirian parti itu sendiri. Kita kena sedar isu ini bukan masalah kita (pembangkang).

“Tapi masalah kerajaan. Sepatutnya kerajaan selesaikan dan kita tegas dengan prinsip kita,” katanya memetik laporan HarakahDaily.

Menganggap pendirian Lau senada dengan DAP, Tuan Ibrahim berkata, sebarang perkara yang memberi kesan negatif tidak wajar disokong oleh sesiapa tanpa mengira kaum atau agama.

Jelasnya, jika kenyataan Lau dan Gerakan itu bertujuan untuk meraih sokongan pengundi Cina kepada PN, ia bukanlah cara yang sepatutnya.

“Sama ada Cina, Melayu dan lain-lain, nilai moral perlu diberi perhatian dan tidak mahu ada kaum tertentu tidak hiraukan nilai moral sebab kita semua rakyat Malaysia,” katanya.

Semalam, Ahmad Fadhli menegaskan partinya tidak akan bersama Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang hanya kerana pendiriannya yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah cina.

Dominic menerusi kenyataan sebelum ini menegaskan bahawa sekolah aliran Cina selama ini tidak diberikan dana mencukupi oleh kerajaan pusat untuk beroperasi.

Beliau berkata, segala fasiliti dan kemudahan yang disifatkan terbaik yang dimiliki sekolah aliran Cina ketika ini adalah hasil sumbangan dana pihak luar bukan saja daripada syarikat besar, malah golongan peniaga kecil dan penjaja.

Ulasan Dominic mengulas berhubung kontroversi derma daripada syarikat arak kepada sekolah dibantah banyak pihak kerana didakwa mempromosikan amalan tidak baik dalam kalangan pelajar selain bercanggah dengan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM).

Garis panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di premis sekolah.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan