Kecanggihan teknologi tuntut ketertiban tinggi warga maya

KERAJAAN sedar mungkin ada beberapa sekatan atau peraturan yang tidak popular namun ia perlu demi kesejahteraan masyarakat.

Menerusi hantaran Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan kecanggihan teknologi menuntut mana-mana pihak khususnya warga maya untuk meletakkan ketertiban yang tinggi.

Menurutnya, ia perlu supaya tidak menimbulkan sensitiviti mana-mana pihak hingga menggugat keamanan dan ketenteraman ketika menggunakan mana-mana platform media sosial yang ada.

“Saya tegaskan bahawa peraturan di media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet yang bakal diperkenalkan kerajaan adalah untuk mengatasi penyebaran jenayah dan maklumat berbahaya, sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna,” catatnya.

Anwar beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Kenduri Madani di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun pada Isnin.

Beliau turut menyentuh perkara yang sama ketika berucap pada Majlis Kenduri Madani di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun pada Isnin.

“Sebelum pulang, saya sempat menyantuni masyarakat setempat dan melawat Masjid Ar-Rashid yang bakal siap sepenuhnya dan berfungsi tidak lama lagi,” ujarnya.

Baru-baru ini media melaporkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet diperkenal bermula 1 Ogos ini.

Related Posts

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen disaran menamatkan tempoh perkhidmatan masing-masing sehingga Parlimen dibubarkan dan tidak mengambil keputusan mengosongkan kerusi ketika penggal masih berbaki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

PUTRAJAYA – Malaysia dan India akan terus memperkukuh hubungan dua hala bagi memastikan manfaat bersama, kestabilan serantau serta kemakmuran yang lebih inklusif dapat dicapai oleh kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

Empat nelayan Indonesia ditahan, rampasan lebih RM2 juta

Empat nelayan Indonesia ditahan, rampasan lebih RM2 juta

Syarat kelayakan SRAS dilonggarkan, penerima nikmati bantuan sewa 48 bulan

Syarat kelayakan SRAS dilonggarkan, penerima nikmati bantuan sewa 48 bulan