Pertumbuhan KDNK 2024 melonjak 5.1 peratus

PERTUMBUHAN ekonomi Malaysia melonjak kepada 5.1 peratus pada 2024 (2023: 3.6 peratus), melebihi unjuran awal kerajaan sebanyak 4.0 peratus hingga 5.0 peratus berdasar pengumuman dalam Belanjawan 2024.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Kewangan memaklumkan ia mengatasi sasaran defisit fiskal bagi tahun 2024 iaitu 4.1 peratus (2023: 5.0 peratus) berbanding sasaran 4.3 peratus.

Unjuran awal yang dibuat oleh kerajaan sebelum menyemak semula menaikkan kepada 4.8 hingga 5.3 peratus ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober lalu.

Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bekata, pencapaian ini merupakan keyakinan dan kesungguhan Kerajaan Madani untuk mengubah ekonomi Malaysia.

Ia juga dipacu oleh dasar yang jelas dan progresif yang diperkenalkan sejak 2023 di bawah kerangka Ekonomi MADANI serta disokong oleh kestabilan politik.

“Kejayaan ini dicapai melalui usaha bersepadu Kerajaan MADANI dan industri. Menjelang tahun 2025, Kerajaan MADANI kekal komited sepenuhnya bagi memperkukuh agenda pembaharuan ekonomi dan institusi untuk melonjakkan negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pertumbuhan ekonomi pada tahun 2024 didorong oleh prestasi memberangsangkan dalam penggunaan swasta yang meningkat sebanyak 5.1 peratus berbanding 4.7 peratus pada 2023.

Pelaburan meningkat sebanyak 12 peratus (2023: 5.5 peratus); jumlah dagangan meningkat sebanyak 9.2 peratus kepada RM2.88 trilion; dan aliran masuk pelaburan langsung asing bersih sebanyak RM47.4 bilion (2023: RM40.4 bilion)

Pelaburan meningkat sebanyak 12 peratus (2023: 5.5 peratus); jumlah dagangan meningkat sebanyak 9.2 peratus kepada RM2.88 trilion; dan aliran masuk pelaburan langsung asing bersih sebanyak RM47.4 bilion (2023: RM40.4 bilion).

Penunjuk sokongan lain yang menyumbang kepada pertumbuhan KDNK 2024 termasuk kadar inflasi menyederhana kepada 1.8 peratus (2023: 2.5 peratus); dan kadar pengangguran yang rendah pada 3.3 peratus (2023: 3.4 peratus) dengan trend menurun kepada 3.1 peratus pada Disember 2024, terendah dalam tempoh 10 tahun.

Kerajaan Madani telah mengunjurkan ekonomi berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus bagi tahun 2025 didorong oleh limpahan yang lebih besar daripada kitaran menaik teknologi, pelaksanaan yang lebih pantas bagi projek infrastruktur kritikal dan pemangkin serta aktiviti pelancongan yang lebih rancak.

Di bawah Belanjawan 2025, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan secara kolektif telah bertekad untuk melabur RM25 bilion dalam pelaburan langsung domestik untuk tahun pertama daripada lima tahun pelaksanaan Program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP).

Selain itu, perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi berikutan kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam dijangka akan terus merangsang pertumbuhan ekonomi.

Oleh kerana permintaan luaran yang lebih lemah daripada rakan dagang utama, peningkatan ketegangan geopolitik dan langkah-langkah perlindungan perdagangan boleh mendatangkan risiko kepada pertumbuhan ekonomi.

Bagi tahun 2024, penambahan pinjaman bersih kerajaan menurun kepada RM76.8 bilion, pengurangan ketara berbanding RM92.6 bilion pada tahun 2023.
Kerajaan MADANI komited untuk meneruskan pelaksanaan pembaharuan utama dalam pelbagai bidang untuk mengukuhkan kemampanan fiskal jangka masa panjang melalui langkah-langkah penyasaran subsidi, kutipan hasil yang dipertingkatkan dan rangka kerja fiskal yang lebih kukuh.

Usaha ini selaras dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) iaitu mengurangkan defisit fiskal kepada 3.0 peratus dalam jangka masa sederhana untuk kemampanan kewangan.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah