Tiada keperluan pecah portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, peranan setiap Menteri cukup – Dr Anil

KUNAK – Tiada keperluan untuk memecahkan Portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada dua iaitu khusus untuk orang Islam dan Bukan Islam, kata Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia, Datuk Seri Dr. Anil Sandhu.

Beliau berkata, peranan menteri sedia ada sudah cukup inklusif dalam memastikan semua pihak dapat mengamalkan agama masing-masing dengan harmoni.

Katanya, sebarang perubahan terhadap struktur kementerian yang melibatkan urusan agama harus diteliti secara mendalam agar tidak menggugat keharmonian yang telah lama dikecapi.

“Cadangan ini tidak perlu kerana kebebasan beragama telah lama terjamin di negara ini tanpa sebarang diskriminasi sementara Kerajaan Negeri tertentu yang mempunyai portfolio Hal Ehwal Bukan Islam berfungsi dalam skop negeri masing-masing, berbeza dengan pentadbiran agama Islam yang mempunyai kedudukan istimewa di peringkat Persekutuan.

“Selain itu, cadangan ini juga boleh menimbulkan kekeliruan dalam pentadbiran dan membuka ruang kepada ketidakstabilan sosial jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati.

“Perpaduan yang sedia ada harus terus diperkukuhkan melalui dialog antara agama dan bukannya dengan pemisahan portfolio Menteri yang boleh membawa kepada salah faham dalam pengurusan agama di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan pada Khamis bagi mengulas cadangan Ahli Parlimen Raub (PH), Chow Yu Hui semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu yang menyarankan agar Portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi Hal Ehwal Bukan Islam.

Jelas Anil yang juga Bendahari Pemuda UMNO Sabah merangkap Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu, beliau menghormati cadangan tersebut bagaimanapun menyifatkan ia sebagai satu isu yang amat sensitif memandangkan Islam adalah agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, dan selama ini urusan agama Islam telah diurus dengan baik tanpa menjejaskan kebebasan beragama penganut agama lain.

“Saya menyeru agar semua pihak menghormati sensitiviti agama di negara ini dan tidak membangkitkan isu-isu yang boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat.

“Marilah kita bersama-sama mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” ujarnya.

Related Posts

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

BETONG – Pembukaan Jalan Lubok Tamang disifatkan sebagai pemangkin penting kepada pembangunan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan merangsang ekonomi penduduk di Saribas. Laluan sepanjang 9.5 kilometer itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat