Maritim tahan bot pukat tunda tempatan, nilai rampasan cecah RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan menahan sebuah bot pukat tunda tempatan dengan nilai rampasan mencecah RM1.5 juta.

Penahanan itu adalah atas kesalahan menarik pukat tunda di kedudukan jarak lebih kurang 2.1 batu nautika Barat, Pantai Shahbandar, di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari, pada Rabu.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, terdapat seorang juragan dan empat orang kru yang mengendalikan bot tersebut ditahan dalam operasi rondaan bot Maritim Malaysia.

“Hasil pemantauan yang berterusan dan laporan Pusat Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Negeri Sabah, berjaya menjejak dan mengesan kedudukan bot tersebut.

“Setelah pemeriksaan, bot dan kru yang ditahan bersama ikan campur dianggarkan lebih kurang 3000 kilogram (kg) telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, melanggar syarat sah lesen kerana menunda bawah tiga batu nautika.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati dua daripada kru bot telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Suhaimi, antara kesalahan lain yang dilakukan adalah di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 turut dikesan kerana kegagalan melaporkan pertukaran nakhoda.

“Seterusnya bot dan kru yang ditahan dibawa ke Jeti Maritim, Sepanggar untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.

Tambah beliau, Maritim Malaysia bersama-sama SWASLA sering memantau kawasan tumpuan aktiviti ini sering dilakukan oleh bot-bot nelayan yang ingkar dan mengabaikan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

“Saya menyeru kepada semua orang awam terutamanya komuniti Maritim untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkenaan jenayah di laut.

“Oleh itu sebarang maklumat dan aduan boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-270165 atau talian kecemasan 999 bagi memaklumkan sebarang kes kecemasan di laut,” ujarnya.

Related Posts

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

BETONG – Pembukaan Jalan Lubok Tamang disifatkan sebagai pemangkin penting kepada pembangunan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan merangsang ekonomi penduduk di Saribas. Laluan sepanjang 9.5 kilometer itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat