Akta 588 (Pindaan) kuat kuasa hari ini

PINDAAN terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berkuat kuasa hari ini, selepas diwartakan pada 7 Februari lalu.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan, pindaan terhadap akta itu diluluskan di Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu, menyediakan ekosistem rangkaian jnternet lebih selamat kepada pengguna.

“Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga,” kata kenyataan itu.

Persidangan Dewan Rakyat pada 9 Disember lalu meluluskan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 melalui undi belah bahagian dengan 59 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 40 Ahli Parlimen tidak menyokong, seorang tidak mengambil bahagian manakala 122 tidak hadir.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan berkata, Seksyen 233 di bawah Akta 588 tidak dimansuhkan untuk mengelak penyalahgunaan rangkaian oleh mana-mana pihak bagi tujuan komersial, khususnya penjualan pornografi dan pedofilia.

Pindaan Seksyen 211 tidak terpakai kepada orang awam, tetapi penggunaannya adalah kepada pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) dengan denda dalam seksyen berkenaan diselaraskan mengikut perkembangan semasa.

Pindaan itu juga memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, bagi kesalahan dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

Menerusi pindaan itu, Seksyen 211 menggantikan perkataan ‘kandungan jelik’ dengan perkataan ‘kandungan yang sumbang dan lain-lain’ manakala dalam Seksyen 211 (b)(1) memotong perkataan ‘atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan’ serta menggantikan perkataan ‘jelik’ dengan perkataan ‘jelik melampau’.

Seksyen 211(c) pula antaranya menggantikan perkataan ‘seseorang’ dengan perkataan ‘pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan’ selain menggantikan perkataan ‘lima puluh ribu’ dengan perkataan ‘satu juta’.

Dalam kenyataan itu, Kementerian Komunikasi memaklumkan tahun lalu, jumlah jenayah dalam talian mencecah 35,368 kes dengan nilai kerugian lebih RM1.5 bilion.

Ia membuktikan pindaan berkenaan tepat pada masanya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu