KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat Kementerian Pendidikan (KPM) segera melaksanakan inisiatif memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelewatan melakukan perkara itu membuktikan usaha mereformasi dasar dan institusi di negara ini masih di peringkat lama serta memerlukan pembaharuan berkaitan pelaksanaan kaedah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kaedah lama dalam melaksanakan dasar kerajaan berkaitan usaha itu, perlu diubah.

“Selain memantapkan bahasa Melayu, adalah untuk memberikan sedikit anjakan iaitu memastikan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu cukup mantap dalam kalangan pelajar terutama peringkat menengah.

“Kalau ikut unjuran biasa, keputusan kita (pada tahun) 2023, (dasar) akan dirangka tahun 2024 dan akan diputuskan 2025. Akan dimulakan rancangan ujian pula pada 2026 dan (bermula) 2027 dijalankan peringkat awal manakala (pada) 2028 baru dapat cuba laksanakan.

“Tak boleh lagi dah perencanaan begitu, itu perencanaan lama,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MoF), hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Peluncuran iPayment yang turut dihadiri, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Perdana Menteri memaklumkan, kerumitan dan kerenah dalam pelaksanaan dasar berkenaan kerana kerencangan sistem adalah diakui.

“Kalau tahun 2023 peluncurannya, pelaksanaan haruslah 2024 dan 2025 diperluas ke seluruh negara,” katanya.

Mengulas berkenaan iPayment, Anwar mengarahkan pelaksanaan sistem itu diperluaskan ke semua kementerian dan jabatan mulai awal bulan depan berbanding April ini.

Jelasnya, penggunaan sistem terbabit perlu disegerakan bagi membolehkan rakyat menikmati manfaat dan pembaharuan dilaksanakan kerajaan.

“Harus ingat bahawa ukuran akhirnya ialah bagaimana majoriti rakyat mengecapi nikmat pembaharuan reformasi yang kita bicarakan.

“Sebab itu saya gesa supaya program (sistem) iPayment ini dipercepatkan dari unjuran jadual akhir iaitu pada April, kepada awal Mac, iaitu awal Ramadan ini,” katanya

Sistem iPayment disediakan untuk kegunaan agensi Kerajaan Persekutuan yang masih belum mempunyai sistem terimaan elektronik bagi menguruskan pembayaran oleh orang awam terhadap perkhidmatan ditawarkan kerajaan.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta