Pempengaruh media sosial perlu lebih bijak

PUTRAJAYA – Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pempengaruh tempatan menghasilkan kandungan media sosial mendakwa seorang rakan mereka ‘hilang’ dalam hutan di Indonesia.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kerajaan menyerahkan isu itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

“(Oleh kerana) ini melibatkan kejadian di luar negara, saya minta rakan-rakan media rujuk dengan Wisma Putra.

“Bagi pempengaruh yang hasilkan ‘content’ untuk tontonan mereka, nasihat saya ialah berpada-pada, jangan keterlaluan dan biarlah ini kita mengambil ibrah atau pengajaran daripada apa yang berlaku untuk memperbaiki.

“Mungkin cara kita menghasilkan ‘content’ kadang-kadang ialah ia bukan seperti yang diceritakan dalam ‘content’ itu, tapi netizen sangat pantas untuk melakukan siasatan mereka sendiri.

“Saya dapati ada beberapa pempengaruh lain yang telah mendapatkan pengesahan tertentu, tapi sekiranya dia (isu ini) melibatkan badan-badan penguatkuasaan, maka kita serahkan kepada badan-badan tersebut untuk lakukan siasatan.

“Peringatan saya walaupun kita tidak melesenkan pempengaruh, mereka yang menghasilkan ‘content’ tapi kita harus mengambil pengajaran dan tidak menghasilkan ataupun tidak bertindak sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya sama ada kerajaan menerima sebarang laporan berkaitan pempengaruh itu dan sama ada kementerian bakal mengambil tindakan.

Related Posts

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 12 inisiatif baharu melibatkan peruntukan ratusan juta ringgit sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 bagi memperkasa profesionalisme, digitalisasi dan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak bercanggah dasar pendidikan negara jika lepasan UEC masuk IPTA

PUTRAJAYA – Langkah kerajaan membenarkan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disifatkan tidak bercanggah dengan tunjang dasar pendidikan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar