Lima isu tadbir urus, tatakelola dalam GLC, GLIC

PUTRAJAYA – Kerajaan Madani telah mengenal pasti lima isu tadbir urus dan tatakelola dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang telah mewujudkan persepsi negatif oleh pelbagai pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wujud kelemahan pemantauan terhadap pembentangan dan laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta Pelan Strategik syarikat.

Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif juga gagal memainkan peranan dalam mengurus, menyelia dan mengawasi operasi perniagaan bagi mencapai matlamat atau objektif penubuhan syarikat induk termasuklah anak-anak syarikat tersebut.

“Turut berlaku kerugian yang berpanjangan dan berturut-turut sama ada di peringkat syarikat induk atau anak syarikat selain keuntungan syarikat tidak diagihkan kepada kerajaan sebagai pulangan kepada kerajaan.

“Ada Ahli Jawatankuasa Pelaburan dan Ahli Jawatankuasa Audit yang dilantik tidak dapat memberikan pandangan dan nasihat kepada Ahli Lembaga Pengarah atau Pengurusan Tertinggi syarikat.

“Keputusan syarikat yang signifikan juga, sebagai contoh pembayaran gaji dan perkhidmatan tidak dibawa untuk kelulusan dan makluman Ahli Lembaga Pengarah,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan pada 20 Mei, tahun laku telah mengeluarkan arahan Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional: Tatakelola Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG).

“Arahan itu memberi panduan kepada Kementerian mengawa pelaksanaan peraturan dan prosedur berkaitan dengan pengurusan dan tatakelola dalam SBK dan CLBG yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ucapan syabas dan tahniah perlu saya sampaikan kepada Jabatan Audit Negara kerana berupaya melaksanakan pengauditan terhadap hampir 2,000 Syarikat Kerajaan mulai tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, semua syarikat kerajaan akan diaudit dengan lebih cekap dan sistematik menerusi sistem e-SelfAudit yang dibangunkan Jabatan Audit Negara (JAN) mulai tahun ini.

Perdana Menteri berkata, pengauditan menggunakan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) merangkumi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berhad menurut jaminan (CLBG).

“Kaedah pengauditan rintis terhadap syarikat kerajaan dengan menggunakan sistem e-SelfAudit yang menggunapakai AI sudah dimulakan lebih awal iaitu pada November 2024.

“Lebih penting sistem ini dibangunkan secara dalaman melalui Projek Pendigitalan JAN tanpa membabitkan kos tambahan,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014