Monopoli Puspakom tamat, pengguna ada pilihan lain

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan mengumumkan penyertaan beberapa syarikat baharu dalam industri pemeriksaan berkala kenderaan motor esok.

Ini selepas kerajaan memutuskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak lagi menjadi badan tunggal menawarkan perkhidmatan itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu sekali gus bakal mewujudkan persaingan lebih sihat dari segi tawaran perkhidmatan, meningkatkan mutu dan integriti dalam industri pemeriksaan kenderaan di negara ini.

“MOT mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri untuk menamatkan dasar konsesi atau dasar monopoli Puspakom tahun lalu.

“Ketika ini, Puspakom tidak lagi memiliki konsesi. Kita (cuma) berikan kepada mereka adalah satu lesen sahaja untuk beroperasi.

“Apa yang kita hendak laksanakan (ketika ini) ialah kita membuka pasaran pemeriksaan kenderaan ini kepada lebih banyak pengusaha lain dan kita buat penilaian.

“Esok saya akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang diberikan kelulusan membuka pusat pemeriksaan ini.

“Saya akan umumkan di MOT (di Putrajaya),” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang bertanyakan mengenai sejauh manakah amalan membenarkan satu monopoli kepada sesuatu syarikat boleh memberi kesan terhadap tahap keselamatan kenderaan.

Mengulas kaitan monopoli dikhuatiri boleh menjejaskan tahap keselamatan kenderaan diperiksa, Loke percaya kemungkinan faktor itu boleh mengundang implikasi terhadap mutu perkhidmatan pemeriksaan kenderaan.

“Saya tidak mahu menimbulkan (dakwaan wujud) sindiket atau isu rasuah ini berhubung kait dengan dasar monopoli.

“Tetapi secara umumnya… memang kita rasa bahawa kalau sesuatu industri itu ada unsur monopoli, ia kadangkala menjejaskan mutu perkhidmatan.

“Itu sebabnya kita menggalakkan ada persaingan,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014