Mohd Effendy masih sah Presiden, MTUC akan kerjasama dengan SPRM siasat salah guna kuasa

PUTRAJAYA – Kenyataan bahawa Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani dilucutkan jawatan adalah tidak berasas, malah bercanggah Perintah Penggantungan oleh Mahkamah Rayuan dan arahan rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Ogos lalu.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja MTUC menegaskan kedudukan Mohd Effendy sebagai Presiden badan bukan kerajaan (NGO) itu masih sah di sisi undang-undang.

“Jawatankuasa Kerja MTUC ingin menegaskan bahawa sehingga kini, perbicaraan rayuan masih berlangsung di Mahkamah Rayuan, dengan keputusan pelupusan dijadualkan pada 21 Februari 2025. Oleh itu, sebarang tindakan pelucutan jawatan atau penggantungan terhadap Presiden MTUC adalah bertentangan dengan perintah mahkamah dan tidak sah di sisi undang-undang.

“Kedudukan Kamarul Baharin Mansor adalah tidak sah kerana beliau bukan Setiausaha Agung MTUC kerana tidak lagi menjadi seorang pekerja mahupun pegawai kesatuan sekerja, seperti disahkan melalui surat rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) bertarikh Mei 2024,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Dalam pada itu, jawatankuasa MTUC meluahkan kekecewaan apabila Kamarul bertindak dengan niat tidak baik (malafide) terhadap kepimpinan MTUC dengan mengadakan mesyuarat yang tidak sah dan bertentangan dengan perintah mahkamah, termasuk menggantung Presiden serta tiga Naib Presiden MTUC tanpa alasan yang sah dan munasabah.

“Kamarul juga mengadakan mesyuarat tidak sah pada November 2024 untuk melucutkan jawatan seorang Naib Presiden serta menggantung Setiausaha Kewangan MTUC.

“Keabsahan tindakan beliau sudah dinafikan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menerusi surat rasmi pada Ogos 2024, yang mengesahkan bahawa semua mesyuarat dan keputusan dibuat adalah tidak sah dan terbatal,” katanya.

Walaupun kedudukan sudah terbatal, jawatankuasa MTUC menegaskan Kamarul turut didakwa menyalahgunakan jawatan berkenaan serta mengendalikan mesyuarat yang tidak sah apabila turut melantik Datuk Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali sebagai Timbalan Presiden dan seterusnya Pemangku Presiden MTUC.

NGO itu berkata, Kamarul juga membuat keputusan bertentangan arahan ROS dan Mahkamah Rayuan selain mengeluarkan kenyataan media yang mengelirukan ahli gabungan MTUC serta masyarakat umum.

“Susulan itu, dalam menyelesaikan krisis kepimpinan dalam MTUC, Jawatankuasa Kerja itu komited untuk menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan dengan persetujuan pihak plaintif, bagi membolehkan satu Jawatankuasa Bebas ditubuhkan dalam mengendalikan pemilihan secara telus dan adil.

“Keputusan ini dibuat kerana tindakan Kamarul yang gagal mengendalikan Persidangan Perwakilan pada Julai 2022 sehingga menyebabkan kemelut ini berpanjangan.

“MTUC juga tidak mahu kes saman terus berulang akibat salah urus pentadbiran dan pencabulan undang-undang kesatuan serta kita mahu menghormati keputusan ROS yang menegaskan bahawa semua tindakan penggantungan Presiden, Setiausaha Kewangan, serta empat Naib Presiden yang sedang berjalan adalah tidak sah dan berunsur malafide,” katanya.

Tambahnya, Jawatankuasa Kerja MTUC juga bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat segala bentuk salah guna kuasa dan pencabulan undang-undang yang telah dilakukan oleh Kamarul Mohamad Dauzkaply.

“Tindakan mereka bukan sahaja menjejaskan kredibiliti kepimpinan MTUC, tetapi juga merosakkan integriti organisasi ini di mata ahli gabungan serta masyarakat pekerja di Malaysia.

“Oleh itu, kami menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan segera supaya keadilan dapat ditegakkan dan kesatuan ini dapat berfungsi dengan penuh ketelusan serta akauntabiliti,” katanya.

Related Posts

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS