Hujan berterusan di Sarawak
KUCHING – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah sehingga Jumaat, 7 Februari 2025.
Selain itu, menerusi kenyataan rasmi di Facebook METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri) sehingga Jumaat, 7 Februari 2025.
Sementara itu, METMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan tahap waspada di Sabah seperti Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Sabtu, 8 Februari 2025.
Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada dengan situasi banjir dan sentiasa mengambil langkah keselamatan diri serta keluarga.
Untuk mengikuti perkembangan terkini dan tepat mengenai cuaca, sila layari laman sesawang http://www.met.gov.my atau laman rasmi media sosial Malaysian Meteorological Department.



