Suami isteri maut, anak cedera nahas kereta bertembung treler

SEPASANG suami isteri maut, manakala dua anak mereka dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Kilometer (KM) 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang, Kelantan, awal pagi tadi.

Muhammad Syamie Farhan Adnan, 25, dan isteri, Nurul Syafika Anis Zulkifli, 26, disahkan maut di tempat kejadian kerana tersepit dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

Dua anak mereka, Nur Irdina Delisha berusia 10 bulan dan Muhammad Izz Danial, 5, dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata nahas itu membabitkan Perodua Myvi dan treler dipandu lelaki berusia 45 tahun.

Katanya, mangsa bersama isteri dan dua anaknya dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai mengambil selekoh ke kanan jalan sebelum hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler.

“Pertembungan itu menyebabkan treler terbabas dan terbalik sehingga melintang jalan, manakala kereta mangsa terbabas ke bahu kiri jalan.

“Mangsa bersama isteri yang juga penumpang hadapan tersepit dalam kenderaan dinaiki mereka dan berjaya dikeluarkan pihak bomba, manakala pemandu treler tidak cedera,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 099121222 atau pegawai penyiasat 013-3010408 bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok