Khatan Perdana bantu ibu bapa kurang mampu

TAWAU – Program berkhatan anjuran  jawatankuasa masjid Babul Khair bersama pimpinan kampung di Kampung Titingan berupaya membantu ibu bapa kurang mampu untuk khatan anak.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata program tajaan pihaknya itu dibuat saban tahun terutama pada cuti persekolahan.

“Majlis ini sememangnya untuk membantu beban ibu bapa kerana sekiranya mereka khatankan anak di luar iaitu di klinik swasta, mereka terpaksa mengeluarkan sehingga RM200 untuk tujuan itu.

“Oleh itu, menerusi program ini, kita bantu 100 anak-anak penduduk Kampung Titingan untuk tunaikan ibadah wajib ini,” Katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana Kampung Titingan di Masjid Babul Khair, pada Sabtu.

Menurut Nizam, Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui turut menyumbang kepada penganjuran program berkenaan yang memberi manfaat kepada masyarakat di Kampung Titingan.

Dalam pada itu, beliau yakin bahawa penganjuran program itu juga mampu mempereratkan lagi silaturrahim dalam kalangan pemimpin dan penduduk kampung.

Sementara itu, ibu kepada seorang peserta khatan, Misnah Ahmad, 47 menzahirkan keterujaan apabila anak lelakinya itu bersama rakan-rakannya dikhatankan bersama.

“Alhamdulillah bersyukur sangat Datuk Nizam buat begini taja untuk kami sebab dengan keadaan ekonomi sekarang dan anak mahu sekolah lagi.

“Anak saya Aldhit Andrew Affandi Ahmad sekarang 13 tahun memang saya sudah maklumkan dia untuk berkhatan dan syukur juga banyak kawan-kawan dia, jadi dia tidak takut,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok