Petronas diberi tempoh tiga bulan selesai isu berkait Petros

KUCHING – Kerajaan Sarawak memberi tempoh tiga bulan hingga Oktober ini untuk Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyelesaikan isu berkaitan susunan penyeliaan pengagihan gas di Sarawak dengan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan bahawa seperti yang diputuskan, Petros mempunyai kuasa sepenuhnya dalam kawal selia pengagihan gas di negeri ini bermula 1 Julai tahun ini.

Namun, beliau menyebut bahawa Petronas telah meminta penangguhan pengambil alihan ini kerana bimbang pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas.

“Kami memahami dan menghormati kebimbangan mereka. Oleh itu, kami memberi tempoh tiga bulan sahaja kerana kami juga mempunyai ekuiti dalam LNG.

“Tetapi, pada 1 Oktober isu ini mesti diselesaikan, jika tidak, kami akan mengambil alih kawal selia kerana syarikat lain semua sudah menandatangani,” katanya dalam sidang media selepas upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi di sini.

Hadir sama adalah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta yang lain.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak mengumumkan bahawa Petros akan mengambil alih peranan Petronas dalam semua aktiviti jual beli gas asli di negeri ini bermula 1 Julai tahun ini.

Selain mengambil alih peranan Petronas sebagai pembeli dan penjual gas asli, Petros juga akan melaksanakan semua aktiviti berkaitan perolehan, pembekalan, dan pengedaran gas asli yang dihasilkan di negeri ini.

Petros dan Petronas telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian di mana Petronas akan mengakui Petros sebagai pengagregat gas tunggal di Sarawak.

Dalam satu laporan baru-baru ini, Petronas menyatakan bahawa mereka sedang berbincang dengan Kerajaan Sarawak dan persekutuan serta Petros untuk mencapai resolusi bersama mengenai pengagihan gas di Sarawak.

RHB Investment melaporkan bahawa Petronas mungkin kehilangan sebahagian daripada hasil berikutan pelantikan Petros sebagai pengagregat gas tunggal di Sarawak.

Related Posts

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Balok, berhampiran Maahad Tahfiz Turath, lewat petang semalam. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

PUTRAJAYA – “I’m home” (Saya sudah pulang). – Demikian hantaran ringkas Khairy Jamaluddin di akaun Instagram malam tadi. Hantaran itu dipercayai merujuk keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi