Kemudahan bas pintar awam bakal diperkenal di Miri

MIRI – Sarawak bakal melancarkan bas pintar awam di Miri pada bulan Oktober ini sebagai percubaan.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin, sebuah armada akan digunakan untuk membawa 14 buah bas pintar baharu dengan komposisi 55 tempat duduk yang diimport khas dari Sweden.

“Inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah dan meningkatkan pelancongan” katanya.

Keistimewaan bas pintar ini, dapat memberi keutamaan pada isyarat lalu lintas iaitu menerima lampu isyarat hijau secara automatik dan sistem pengesanan dapat mengesan bas tersebut datang dari jarak tertentu.

Aplikasi Bas Pintar Miri bakal diperkenalkan kepada orang ramai dan pelancong untuk memudahkan mereka menyemak jadual bas serta merancang perjalanan di bandar.

Menurut beliau juga, dengan adanya kemudahan ini, dapat menggalakkan orang ramai memilih pengangkutan awam jarak jauh yang cekap dan murah.

Turut memberi manfaat terhadap alam sekitar dengan pengurangan pelepasan karbon di Miri dan bandar utama yang lain.

Related Posts

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Balok, berhampiran Maahad Tahfiz Turath, lewat petang semalam. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi