RUU Tahanan Di Rumah dibentang hujung tahun ini

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tahanan di rumah dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen hujung tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada program Analisis Madani bertajuk Malaysia Aman: Kedaulatan dan Keselamatan yang disiarkan secara langsung di TV Al Hijrah malam tadi.

Saifuddin berkata, ketika ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang giat menjalankan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara berkaitan penggubalan akta terbabit.

“KDN sedang dalam proses untuk pinda Akta Penjara 1995. Kelulusan Kabinet dari segi dasar sudah diperoleh.

“Ketika ini KDN sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk gubal (akta tahanan di rumah).

“Kita menjangkakan mungkin (dibentangkan) pada sesi Parlimen hujung tahun ini.

“Ini memandangkan buat masa ini belum ada undang-undang membolehkan tahanan rumah dijalankan, yang ada sekarang, perintah pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib atau parol,” katanya.

Program yang dikemudi personaliti televisyen, Talib Husin itu menampilkan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin sebagai tetamu.

Mengikut portal rasmi Parlimen Malaysia, sesi terakhir Parlimen tahun ini berlangsung mulai 6 Oktober hingga 4 Disember 2025.

Mengupas lanjut, Saifuddin berkata, bagi peringkat awal, KDN menyasarkan tahanan di rumah dibolehkan kepada penghuni penjara yang berada dalam kategori ‘tahanan reman’ sahaja.

“Buat permulaan, kita sasarkan mereka yang ditahan reman dalam penjara bukannya mereka yang sudah disabitkan hukuman.

“Jumlah (dalam tahanan reman) di penjara ketika ini sekitar 29,000 orang termasuk 8,000 hingga 9,000 penghuni penjara (yang direman) atas kes berat seperti rogol atau bunuh.

“Namun, bagi kes berat, mereka ini kita ketepikan. Jadi baki (tahanan reman) sekitar 20,000 orang disasarkan untuk tahanan rumah yang kalau mereka disabitkan hukuman, tuduhan atas mereka membabitkan penjara kurang tiga tahun,” katanya.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah