Malaysia negara ASEAN pertama bakal bangunkan Bandar Wakaf Malaysia-Gaza

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyambut baik dengan penuh keterujaan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempercepatkan pembangunan semula Gaza terutamanya dalam usaha membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza.

Menurut Pertubuhan itu, Malaysia kini berada di landasan sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, sebuah projek berimpak tinggi di bawah naungan Perdana Menteri.

“Langkah ini mencerminkan komitmen Malaysia bukan sahaja dalam usaha membangunkan semula Gaza pasca peperangan, tetapi juga memperkukuh kedudukan negara di pentas antarabangsa sebagai peneraju solidariti dan pembelaan terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza itu, ia merupakan gabungan sinergi pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi negeri, badan wakaf, badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat Malaysia bagi memastikan Gaza kembali dibangunkan dengan model pembangunan mampan dan jangka panjang.

bandar wakaf gaza

Projek itu turut mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, yang menitahkan dan melancarkan Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza pada Mac 2024 sebagai sebahagian daripada usaha negeri dalam membangunkan Gaza

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Datuk Sani Araby, yang juga merupakan Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza, beliau menegaskan bahawa pembangunan ini bukan sekadar inisiatif bantuan tetapi satu model pembangunan wakaf pertama Malaysia di Palestin, yang boleh dijadikan contoh di peringkat global.

“Projek ini bukan sahaja menyatukan hati rakyat Malaysia merentas bangsa dan agama, tetapi juga membawa kesinambungan usaha kita membina semula Gaza dengan lebih sistematik, tersusun dan mampan.

“Jumlahl anggaran kos dijangkakan RM120 juta untuk projek dengan pemberian tanah wakaf seluas 87 ekar di Khan Yunis yang telah dimeterai perjanjian dalam Gaza pada Februari 2023 semasa Misi Khas MAPIM. Sehingga kini pihak sekretariat sudahpun menerima persetujuan wakaf bernilai RM40 juta.

“Malaysia telah melakar sejarah dalam operasi kemanusiaan ke Gaza sejak siri penghantaran oleh Ops Ihsan, Misi Bantuan 100 Kontena MAPIM bersama rakan NGO Malaysia, New Zealand dan United Kingdom hinggalah misi khas mengeluarkan keluarga Nadir Al-Nuri dan terkini misi merawat pesakit Gaza di Malaysia.Kini kita melangkah ke hadapan dengan membangunkan semula Gaza menerusi konsep wakaf yang komprehensif dan mampan,” ujarnya.

Projek Bandar Wakaf Malaysia yang menjadi simbolik kesepakatan rakyat dan usaha nasional itu terdiri daripada beberapa komponen utama termasuk 14 blok pangsapuri wakaf mewakili semua negeri di Malaysia, Masjid Berkembar Shah Alam, menara tangki air dan pangsapuri Selangor yang diwakafkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu, pelan projek tersebut turut merangkumi Sekolah Malaysia yang diwakafkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM) diketuai oleh Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri, yang juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza.

Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia dan Yayasan Wakaf Malaysia turut mewakafkan sebuah pangsapuri dan ‘Malaysia Central Kitchen’ atau dapur pusat Malaysia yang akan menjadi pusat makanan komuniti menyediakan bantuan makanan harian kepada penduduk Gaza, tidak termasuk 56 unit premis perniagaan di bawah program Mikro-Kredit Khardul Hasan, hospital dan taman rekreasi serta kemudahan komuniti yang lain.

bnadar wakaf gaza

Sebelum ini, MAPIM bersama sinergi CGM, Gagasan MyAqsa Defender dan rakan NGO telah membina 10 masjid di Gaza serta membaik pulih hospital, sekolah, dan rumah penduduk, akan memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini.

Majlis pelancaran rasmi projek itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan dijangka menjadi satu peristiwa bersejarah dalam hubungan diplomasi dan solidariti kemanusiaan Malaysia-Palestin sekaligus memperkukuh agenda Malaysia MADANI yang menekankan keprihatinan terhadap isu global, khususnya dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi rakyat Palestin.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok