Senang hidup pembangkang sekarang, buat fitnah kemudian mohon maaf…

SUDAH tiba masanya para pemimpin Kerajaan Madani mengambil tindakan tegas terhadap tuduhan dan fitnah melulu yang sengaja ditabur pembangkang.

Meskipun selepas menyedari dakwaan itu satu kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka, namun ini merupakan taktik terbaharu pemimpin-pemimpin pembangkang terutama daripada Pas untuk meracuni pemikiran rakyat membenci wakil rakyat Kerajaan Madani.

Aktivis Amanah Selangor, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar berkata, langkah terbaik membendung taktik jahat pembangkang ini ialah dengan mengambil tindakan saman di mahkamah.

Ini kerana katanya, walaupun pemfitnah telah memohon maaf, tetapi mangsa terus menerima kesan berpanjangan sehingga menjejaskan nama baik dan reputasi mangsa.

“Senang hiduplah pembangkang macam ni, buat fitnah lepas tu minta maaf. Walaupun dah mohon maaf tapi ‘damage is done!’ Kenapa tidak semak, siasat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan.

“Cerita-cerita fitnah jahat yang direka pemimpin pembangkang itu sudah bertebaran, viral di media sosial, meracuni pemikiran rakyat, ini memang satu taktik jahat pembangkang yang sengaja mahu memburukkan pemimpin kerajaan.

“Saya lihat sekarang ini semakin menjadi-jadi, buat fitnah lepas tu minta maaf, sampai bila ia harus berterusan? Berapa ramai netizen terutama pengikut mereka yang cakna dengan kenyataan mohon maaf pemimpin mereka?

“Pastinya kerosakan itu akan berterusan, pengikut akan terus ulang-ulang kongsi video fitnah di media sosial, itu yang mereka mahu dan perkara ini kalau tidak ditangani dengan serius akan menjadi barah, jadi kena tegas, saman pemfitnah di mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terbaharu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mengakui terkhilaf apabila mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan konglomerat YTL.

Ahad lalu, tular sebuah video berdurasi 19 saat memaparkan ucapan pemimpin Pas itu yang mendakwa Hannah sebagai ‘anak YTL’ di Ceramah Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Parit.

Untuk rekod ini bukan kali pertama Razman memohon maaf selepas melemparkan fitnah, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun pernah menjadi mangsa fitnah beliau pada tahun 2022.

“Kalau pertama kali kita bolehlah terima lagi ia tidak sengaja, tetapi ini berulang kali, kesilapan yang berulang kali itu adalah satu kebodohan, tidak belajar dari kesilapan.

“Nak menghentikan taktik jahat ini hanya satu, saman pemfitnah di mahkamah. Pemimpin kerajaan yang difitnah tidak boleh lagi ‘defensive’ sahaja, pembangkang semakin melampau.

“Ibarat kita ada sebuku nila dan sebotol air susu. Kita asyik, berusaha nak putihkan nila itu sedangkan kita sudah ada susu yang putih, kenapa kita tak perkasakan lagi susu itu?

“Kita asyik bertahan dengan asakan pembangkang, pada masa yang sama kerosakan terus berjalan, ‘damage is done’, benda dah viral, kenapa kita tidak serang sahaja pembangkang, dalam isu ini kita kena ajar pembangkang cara berpolitik yang lebih matang dan hormat, jadi saman mereka yang buat fitnah,” kata Ikhmal.

Related Posts

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta. Keputusan itu dibuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung ucapan perwakilan Selangor, Datuk Noorazli Said semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini