Tujuh lensa utama jadi aspirasi UMS 2025

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan memfokuskan tujuh lensa utama yang menjadi aspirasi bagi mencapai kecemerlangan pada tahun 2025.

Tujuh lensa itu termasuk penyediaan bakat terbaik, kewibawaan akademia dan warga kampus, pemindahan dan perkongsian ilmu, pengantarabangsaan UMS, governan dan kepimpinan, kemampanan kewangan UMS serta infrastruktur digital dan kesejahteraan kampus.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, dalam penyediaan bakat terbaik UMS akan melaksanakan tujuh aktiviti utama yang relevan dan bersinergi dengan keperluan era moden.

“Melalui lensa pertama, Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDEC) akan memastikan modul Teknologi Maklumat (IT) diintegrasikan ke dalam program keusahawanan universiti bagi membentuk usahawan digital yang cekap teknologi.

“Integrasi Modul AI dalam Kurikulum Universiti juga akan ditambah dengan memasukkan unsur etika dalam pendidikan AI dan membuat Kolaborasi Strategik bersama Industri yang membolehkan pelajar menjalani latihan industri di makmal ini.

“UMS juga akan membuka Program Akademik dan Kursus Baharu serta memperkasakan Program Aliran Sains Terpilih sesuai dengan konteks dan keperluan semasa.

“Kebajikan dan Kesejahteraan Mahasiswa juga diusahakan menerusi Program MyCare bantuan kewangan RM250 serta rundingan penginapan di Kampung (Kg) Numbak untuk dimanfaatkan oleh pelajar mulai sesi pengajian 2025/2026,” beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Amanat 2025 kepada warga UMS di Dewan Canselor, di sini, pada Selasa.

Beliau turut menjelaskan dalam lensa kedua kewibawaan akademia dan warga kampus adalah kunci utama dalam memastikan UMS terus cemerlang di persada nasional dan antarabangsa.

“Direktori dan pangkalan data pakar adalah wahana penting untuk universiti memperkukuh peranan sebagai pusat ilmu dan rujukan strategik.

“Antara kompenen lain termasuk Program Sabatikal di Industri yang akan merapatkan jurang akademia dan industri, penyediaan dana khas untuk subjek khusus, pengukuhan MyRA di peringkat FAPI dan Program Syarikat Start-Up dan Spin-off UMS,” ujarnya.

Beliau turut mengulas lanjut mengenai lensa ketujuh yang melibatkan infrastruktur, digital dan kesejahteraan kampus.

“Lensa tersebut memfokuskan kepada transformasi digital, pendigitalan proses kerja, program preventif kesihatan program green kampus, program kampus selamat dan penyelenggaraan prasarana dan landskap UMS.

“Selain itu, pelancaran Operasi Hospital UMS juga akan dilaksanakan pada Disember 2025 dan memperkukuhkan Arkib UMS, menubuhkan Galeri Pusat Islam UMS, mengadakan Program Intervensi Kanak-kanak Autisme serta pemerkasaan Jenama UMS,” katanya lagi.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi