Polis patahkan sindiket seludup dadah antarabangsa guna kurier

PADANG BESAR – Taktik sindiket penyeludupan dadah yang menggunakan perkhidmatan kurier untuk mengedarkan ganja berjaya dipatahkan selepas polis menahan seorang lelaki dalam serbuan, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, suspek berusia 21 tahun itu diberkas pada 22 Januari lalu sekitar pukul 3.30 petang hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Perlis.

“Hasil siasatan mendapati suspek menerima empat kotak putih berisi dadah daripada seorang individu di Bulatan Padang Besar sebelum dihantar melalui syarikat kurier.

“Pemeriksaan lanjut menemukan ketulan mampat dan cecair dipercayai ganja dengan berat keseluruhan 16.6 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM51,646,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu adalah dengan menggunakan individu tempatan sebagai penghantar bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Difahamkan, sindiket ini dipercayai dikendalikan oleh warga Thailand yang mengupah rakyat tempatan untuk menghantar bungkusan dadah kepada pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sindiket memilih perkhidmatan kurier kerana kebanyakan syarikat tidak mempunyai alat pengimbas kandungan kotak, sekali gus memudahkan dadah diseludup mengikut tempahan,

Suspek yang ditahan hanya bertindak sebagai penghantar bungkusan dan hanya menerima bayaran upah sebanyak RM800 bagi setiap penghantaran.

Menurut Baderulhisham, tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan penyitaan aset milik suspek bernilai RM50,000.

“Pihak polis kini sedang giat mengesan rangkaian sindiket yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah ini.

“PDRM Perlis menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi memastikan rangkaian sindiket ini dapat ditumpaskan sepenuhnya,” katanya.

Suspek direman selama tujuh hari bermula 24 Januari hingga 30 Januari 2025 dan polis dijangka memohon lanjutan reman bagi siasatan lanjut.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang