PeSawah tuntut harga lantai padi RM1,800, bantah RUU Kualiti Benih Tanaman di Putrajaya

PUTRAJAYA – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah) hari ini membuat dua tuntutan kepada kerajaan termasuk meningkatkan harga lantai padi daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800 per tan.

PeSawah yang mewakili suara pesawah dan petani seluruh negara turut membantah Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman yang berkemungkinan akan dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang.

Mengulas perkara itu, Pengerusi PeSawah, Abdul Rashid Yob berkata, harga lantai ketika ini sudah tidak relevan berikutan kenaikan kos berkaitan diesel dan benih padi. 

“Kami menggesa kerajaan untuk menaikkan harga lantai padi daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800. Harga lantai ketika ini sudah tidak relevan berikutan kenaikan kos berkaitan diesel dan benih padi.

“Kenaikan harga padi ini penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara. 

“Harga lantai pada ketika ini telah ditetapkan pada tahun 2023 dan sudah ketinggalan zaman serta tidak lagi relevan dengan keadaan semasa berikutan kenaikan kos diesel dan benih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai 10 wakil PeSawah menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Mengenai bantahan terhadap RUU Kualiti Benih Tanaman pula, katanya ia dibuat tanpa sebarang rundingan bersama petani dan pesawah.

“RUU ini akan mewajibkan setiap individu yang memproses dan mengedar benih tanaman untuk memperolehi lesen dan menghantar sampel benih ke makmal untuk ujian pengesahan. 

“Kami difahamkan bahawa RUU ini juga memperuntukkan denda bernilai RM100,000 dan 3 tahun penjara kepada penyimpan dan pengedar benih yang tidak mempunyai lesen. Kami membantah sekeras-kerasnya cadangan Rang Undang-undang Kualiti Benih Tanaman, RUU ini dilihat akan membebankan petani kecil seperti kami.

“Kami berharap agar kerajaan dapat memberikan perhatian serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kelestarian dan serta keterjaminan makanan negara,” ujarnya.

Himpunan PeSawah yang berlangsung di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dihadiri oleh kira-kira 120 orang peserta terdiri daripada pesawah dan petani dari Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

Turut hadir pada perhimpunan itu, kumpulan aktivis mahasiswa, Parti Sosialis Malaysia (PSM), dan aktivis masyarakat.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali