Covid-19 mungkin berasal dari makmal China

WASHINGTON – Agensi Perisikan Pusat (CIA) merumuskan virus Covid-19 ‘lebih berkemungkinan’ bocor dari makmal di China, berbanding andaian ia tersebar secara semula jadi melalui haiwan dalam penilaian baharu asal-usul wabak membunuh berjuta-juta orang itu.

Agensi perisikan AS itu berkata, ia membuat kesimpulan itu walaupun dengan keyakinan rendah, pandemik Covid-19 lebih berkemungkinan berpunca daripada kegiatan penyelidikan di makmal, berbanding berlaku secara semula jadi.

“CIA masih meneliti punca penularan Covid-19 dan setakat ini percaya bahawa kedua-dua kemungkinan virus bocor dari makmal dan kemungkinan ia berlaku secara semula jadi masih boleh diterima (berdasarkan bukti yang ada),” kata jurucakap tersebut.

Penilaian baharu ini dikeluarkan selepas John Ratcliffe dinamakan sebagai pengarah CIA pada Khamis lalu di bawah pentadbiran Donald Trump.

Ratcliffe yang berkhidmat sebagai pengarah perisikan negara dari 2020 hingga 2021 sewaktu penggal pertama Trump, berkata dalam satu wawancara diterbitkan pada Jumaat bahawa keutamaannya dari ‘hari pertama’ adalah menyiasat asal usul Covid-19.

“Berdasarkan akal yang sihat, asal-usul Covid-19 saya percaya bahawa ia bocor dari dari Institut Virologi Wuhan,” kata Ratcliffe.

Seorang pegawai Amerika memberitahu AFP bahawa perubahan pendirian ini adalah berdasarkan analisis baharu terhadap perisikan sedia ada yang diarahkan oleh pengarah CIA sebelumnya, William Burns.

Dalam pada itu, senator Republikan Tom Cotton dari negeri Arkansas berkata, beliau berbesar hati dengan pendedahan terbaharu CIA itu yang menurutnya, teori kebocoran virus itu dari makmal adalah penjelasan paling munasabah sambil memuji Ratcliffe kerana berani menyahklasifikasi penilaian.

Related Posts

Tentera Israel didakwa anggap bayi Palestin musuh masa depan

SIDANG Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu bertukar tegang apabila beberapa negara anggota bertelagah mengenai laporan tahunan berkaitan nasib kanak-kanak dalam konflik bersenjata. Dalam sesi berkenaan, Amerika Syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma