Agong, PMX sarapan di Nasi Lemak Burung Hantu

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa santap pagi dengan menu nasi lemak bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu berkenaan di Nasi Lemak Burung Hantu cawangan Semua House di Masjid India, Kuala Lumpur.

“Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam foto bersama baginda.

“Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar,” menurut catatan di Facebook rasmi baginda.

Sultan Ibrahim turut berkongsi rakaman foto bersama pengunjung di restoran berkenaan.

Aktiviti bersarapan pagi dan minum petang bersama pemimpin negara dan rakyat jelata di lokasi umum sudah menjadi antara rutin baginda sejak menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan kunci utama rakyat Malaysia hadapi cabaran mendatang

PUTRAJAYA – Kepelbagaian kaum, agama, budaya dan latar belakang rakyat Malaysia tidak seharusnya disifatkan sebagai kelemahan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada identiti negara yang dibina bersama sejak sekian lama. Tokoh Perpaduan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

50,000 meriahkan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
50,000 meriahkan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2026

RM2,000 tempah uniform dua anak, ibu bapa sokong minat

RM2,000 tempah uniform dua anak, ibu bapa sokong minat