Himpunan Rakyat Benci Rasuah jadi medan fitnah, caci kerajaan

KUALA LUMPUR – Himpunan Rakyat Benci Rasuah menjadi medan buat peserta membiakkan budaya fitnah, mencera dan memaki hamun dalam kalangan masyarakat terhadap kerajaan persekutuan.

Segala bentuk cacian dan kebencian telah dihidangkan oleh pihak penganjur yang terdiri dalam kalangan mahasiswa dalam ucapan dan resolusi mereka yang dibentangkan di tengah jalan berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Antara ucapan dibangkitkan dalam perhimpunan tersebut, kerajaan kononnya tidak membenarkan peserta yang rata-ratanya disertai pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menyertai aktiviti demokrasi itu.

Tuduhan itu jelas penipuan yang cuba dilakukan peserta berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak menghalang sekumpulan mahasiswa menganjurkan himpunan itu hang bermula di Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Dataran Merdeka.

Anwar berkata, kebenaran telah diberikan agar himpunan tersebut diteruskan dan tiada masalah untuk sesiapa sahaja menyertai bantahan berkenaan.

Dalam pada itu, himpunan itu turut menuntut kerajaan menyegerakan Akta Pendanaan Politik di Malaysia, namun apa yang disuarakan itu tidak berasas susulan Kerajaan Madani tiada halangan jika pengenalan undang-undang itu mahu disegerakan. 

Perdana Menteri ketika pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, baru-baru ini menegaskan cadangan bagi merangka draf undang-undang itu masih diteliti di peringkat jawatankuasa yang dilantik.

Susulan itu, Himpunan Rakyat Benci Rasuah membuktikan tuntutan dasar yang dimahukan mereka memerlukan pertimbangan lebih luas dan pihak pengajur dilihat kekurangan idea dalam menegur kerajaan sebagai semak dan imbang, khususnya membanteras rasuah dan isu salah laku oleh pemimpin.

Himpunan dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) bersama persatuan mahasiswa dari beberapa universiti tempatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya generasi muda untuk bersama-sama menentang rasuah.

Peserta himpunan yang dihadiri oleh 300 peserta sebelum itu berkumpul di sekitar pusat beli belah terbabit kira-kira jam 2.30 petang sebelum bergerak melalui Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke Dataran Merdeka.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati suasana himpunan dalam keadaan terkawal dan diawasi oleh anggota polis walaupun pelbagai sikap dan perbuatan provokasi cuba dilakukan peserta.

Antaranya, peserta bertindak merempuh masuk halangan pagar yang diletakkan di hadapan pintu masuk Dataran Merdeka, bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa setakat ini.

Sepanjang perarakan berlangsung, turut kedengaran laungan slogan ‘Hidup Mahasiswa’ dan lagu ‘Madani Bangsat’ diudarakan berserta layangan sepanduk membawa mesej himpunan diayunkan peserta.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

  • By Ithma
  • September 15, 2026
AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar