‘Kacau’ Akmal Nasrullah beri rahmat kepada penduduk Baling

KEDATANGAN Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau, Baling baru-baru ini memberi rahmat kepada pemegang akaun kira-kira 15,000 yang mahukan bekalan air lebih sempurna di kawasan itu.

Sekiranya Akmal Nasrullah tidak membuat ‘kacau’ di LRA sudah pasti penduduk di kawasan itu akan terus dibelenggu dengan masalah air yang sekian lama ditanggung oleh mereka.

Kedatangan Akmal Nasrullah itu telah membongkar kelewatan LRA Sungai Limau dan mendapati kerja-kerja pembinaan loji terbabit terhenti sejak Julai lalu.

Ini merupakan lawatan kali ketiga beliau di tapak itu dan sungguh mengecewakan kerana loji berkenaan sepatutnya siap pada Januari 2025 ini.

Penduduk di sekitar Sungai Limau wajib berterima kasih kepada beliau yang turun berkali-kali bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan lebih sempurna pada masa akan datang selepas Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM89.8 juta.

Semalam beliau disindir oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai ‘pengacau’ tetapi beliau terus menanggung amanat yang diberi bagi melaksanakannya hingga rakyat dapat menikmati kemudahan asas itu dengan lebih sempurna.

Sekiranya Akmal Nasrullah tidak buat ‘kacau’ sudah pasti masalah itu tidak akan selesai dan akhirnya rakyat yang menanggung deritanya.

Ini secara tidak langsung juga rakyat di situ akan tahu sejauh mana perkembangan projek LRA itu berjalan.

Perjuangan Akmal Nasrullah yang turun naik ke Sungai Limau beberapa kali supaya projek itu dapat berjalan dengan lancar harus diberi pujian walau pun Kedah ditadbir oleh pembangkang.

Penulis yakin pengorbanan dan usahanya kepada penduduk di luar bandar itu pasti akan berjaya suatu hari nanti walau pun terpaksa menempuh pelbagai duri dan onar politik.

‘Man Jadda Wajada’ walaupun kurang disenangi oleh kepimpinan Kedah hari ini.

Sangat melucukan semasa persidangan DUN Kedah lalu, Exco Kerja Raya dan Bekalan Air, Munir Zakaria memaklumkan bahawa kelewatan projek seperti itu adalah biasa.

Jawapan yang diberi oleh beliau itu sungguh memalukan dan tidak profesional. Inilah kesan dari pengundi memilih wakil rakyat yang tidak bertanggung jawab.

Adalah pelik sedangkan projek LRA itu turut dibina di Johor siap seperti yang dijangkakan.

Manakala di Kedah terus gagal sehingga Kerajaan Persekutuan terpaksa memberi tambahan masa (EOT) namun tetap gagal.

Ini sebenarnya menunjukkan ketidakupayaan kerajaan negeri dalam mengurus projek infrastruktur asas.

Sekiranya projek sebegini pun gagal bagaimana pula untuk melaksanakan projek LRT nanti yang lebih besar kosnya.

Penulis berkeyakinan menjelangnya Hari Raya nanti sudah pasti penduduk sekitar Sungai Limau akan ‘reyau’ meminta bekalan air yang akan terjejas. Warga kota akan pulang ke kampung untuk berhari raya.

Begitu juga apabila sampai puncaknya musim kemarau yang akan datang dan bekalan air pasti akan terjejas dan menjadi masalah kepada penduduk di kawasan itu.

Janji Sanusi untuk memastikan masalah bekalan air di Kedah akan selesai pada 2023 hanya akan tinggal janjinya sahaja.

Hari ini rakyat boleh menilai kepimpinan beliau yang banyak berjanji tetapi gagal melaksanakannya.

Persoalannya kini siapa yang menanggung kesengsaraannya?

Akhirnya inilah musibahnya apabila pengundi memilih pemimpin yang kaya dengan janji bulan dan bintang.

Related Posts

Hadi seru perpaduan, tetapi hujah politiknya perlu dibuktikan

TULISAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk “Perpaduan Ummah Melayu Memimpin Malaysia” mengangkat mesej yang mudah diterima: Umat Islam perlu bersatu, pemimpin wajib amanah dan keadilan mesti diberikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertumbuhan Terengganu susut, dakwaan ekonomi terus kukuh perlu diperincikan

PERTUMBUHAN ekonomi Terengganu yang perlahan pada 2025 menuntut kerajaan negeri menjelaskan gambaran prestasi ekonomi secara lebih menyeluruh, bukan hanya menonjolkan kenaikan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini