JIM catat jumlah PATI Indonesia tertinggi dihantar pulang ke negara asal

TAWAU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah merekodkan jumlah yang tinggi bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia dihantar pulang ke negara asal sejak awal Januari sehingga semalam.

Pengarahnya, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, bagi tempoh itu, jumlah warga asing yang dipindahkan adalah seramai 337 orang.

“Warga Indonesia seramai 165 orang atau 49 peratus, diikuti warga Filipina 143 orang, 14 warga Pakistan, 11 warga China dan dua lain-lain warganegara sebanyak satu peratus.

“Kesemua tahanan PATI ini disenarai hitam dalam sistem JIM mengikut jenis kesalahan yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Menurut Sh Sitti Saleha, pihaknya pada Khamis memindahkan 165 PATI menerusi terminal feri Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia menggunakan pengangkutan Labuan Express dan Francis Express.

Pemindahan PATI dari depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar itu membabitkan 90 lelaki, 39 wanita, 17 kanak-kanak lelaki dan 19 kanak-kanak perempuan berumur tiga bulan hingga 76 tahun.

“Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa permit sah selain tinggal lebih masa,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan