‘Nama pun demonstrasi, ada permit atau tidak, sukar dihalang’

PENGANJURAN Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang bakal berlangsung Sabtu ini di ibu negara mesti bebas daripada menjadi perkakas pihak-pihak tertentu.

Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata, meskipun perhimpunan itu tidak mendapat permit polis namun beliau berpendapat objektif penganjuran tidak bermotifkan kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

“Nama pun demonstrasi, sama ada dapat permit atau tidak sukar nak menghalang dan melarang orang ramai untuk hadir.

“Namun bagi saya, perhimpunan itu mesti bebas, tidak ditunggang oleh mana-mana parti politik terutamanya untuk memburukkan kerajaan.

“Apa yang penting, perhimpunan itu kalau nak cantik lagi ialah dapat membantu agenda negara untuk memberi kesedaran kepada rakyat membenci amalan rasuah, harap ia tak lari daripada objektif penganjuran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, Penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadual pada Sabtu ini, bermula di Kompleks SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Dataran Merdeka, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Tegasnya, polis mengesahkan sudah menerima notis pemberitahuan bagi penganjuran himpunan terbabit.

Bagaimanapun katanya, semakan yang dibuat mendapati notis pemberitahuan perhimpunan itu tidak lengkap dengan tidak disertakan salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan.

Sementara itu, Mahfuz menegaskan, Kerajaan Madani yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kerajaan yang pro aktif di dunia memerangi rasuah.

“Suka saya tegaskan, Malaysia memang bersungguh-sungguh memerangi rasuah sehingga mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

“Tindakan Malaysia ini, telah menambah keyakinan pelabur dan semakin banyak pelabur asing yang mula menjadikan negara sebagai destinasi pelaburan, tentunya ini amat menguntungkan rakyat.

“Sepatutnya tidak perlu pun perhimpunan seperti itu diadakan kerana agensi-agensi kerajaan ketika ini bertungkus lumus memerangi rasuah, banyak kes rasuah telah dihadapkan ke mahkamah sama ada besar atau kecil.

“Tapi nak larang pun, mereka akan buat juga, cumanya saya harap demonstrasi itu berjalan dalam keadaan aman,” katanya.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan