‘Semoga adik menjadi lebih baik, tidak ulang kesilapan sama’

TAWAU – “Saya cuma berharap adik akan menjadi lebih baik selepas ini dan tidak mengulangi kesilapannya sebab ini pertama kali dia masuk ke penjara,” luah Aiyu.

Enggan mendedahkan nama adiknya yang berumur 33 tahun, Aiyu, 39, sememangnya sangat bersyukur apabila adiknya antara 15 prospek atau banduan yang dilepaskan menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di sini pada Khamis.

Pembebasan itu amat diharapkan membawa perubahan besar dalam hidup adik lelakinya itu kerana baru terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Kalabakan.

Katanya, adiknya itu seharusnya menerima hukuman penjara dua tahun bagaimanapun melalui program PBSL dapat dibebaskan awal.

“Dia (adik) terbabit aktiviti penagihan dadah kira-kira dalam dua minggu saja kemudian ditangkap pada Oktober tahun lalu sehingga terpaksa berhenti kerja.

“Kami sekeluarga sedih kerana adik saya masih bujang tetapi hari ini semasa datang sini mahu membawa dia pulang, Alhamdulillah kami gembira dan saya sebagai kakak, ibu saya orang tua cuma mampu mendoakan perubahannya,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press.

Dalam pada itu, Aiyu juga menzahirkan terima kasih kepada Jabatan Penjara Tawau dan majikan yang sudi menerima prospek untuk kembali kepada masyarakat dengan cara bekerja.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memuji inisiatif  PBSL yang dilihat berkesan dalam mengurangkan kes kemasukan semula  banduan ke penjara.

“Program ini sangat baik bagi mereka lakukan jenayah tidak berat mendapat pemulihan dan bersama komuniti sehingga menunjukkan peratusan kembali ke penjara rendah berbanding mereka yang terus keluar penjara, peratusan untuk kembali lagi ke penjara adalah tinggi.

“Tanggungjawab ini bukan terletak pada Jabatan Penjara sahaja tapi sangat penting juga pada masyarakat supaya stigma atau prejudis pada prospek dapat dikurangkan agar mereka ini juga diterima dalam komuniti,” katanya.

Sehubungan itu, Andi yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berharap agar peluang kedua ini digunakan sebaiknya oleh prospek untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik sehingga mampu menyumbang kepada negara kelak.

Dalam pada itu, Pengarah Penjara Tawau, Penolong Kanan Komisioner Hasrul Anuar Hasin berkata, pihaknya menerima maklum balas baik terhadap kelakuan prospek PBSL yang disifatkan lebih berdisiplin dan komited dalam melaksanakan sebarang pekerjaan.

“Januari ini sahaja kita telah lepaskan 27 prospek melalui program ini manakala bermula 2022 hingga 2024, seramai 1,075 orang telah diberi peluang utk menjalani program dalam komuniti yang melibatkan jaminan dari keluarga, majikan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Terima kasih pada majikan yang bekerjasama dengan Jabatan Penjara dan adalah diharapkan lebih ramai lagi majikan seperti perladangan tampil bersama mewujudkan peluang pekerjaan kepada prospek agar dapat membantu sosioekonomi keluarga mereka,” katanya.

Jelasnya, program PBSL merupakan komitmen Jabatan Penjara apabila menjelang 2030, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah memastikan dua pertiga prospek PBSL diberi peluang untuk bersama komuniti menerusi program integrasi antaranya pekerjaan dan latihan industri.

Related Posts

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

KUCHING – Syarikat penerbangan AirBorneo Airways (AirBorneo) melakar sejarah baharu apabila secara rasminya melancarkan laluan penerbangan antarabangsa pertama menghubungkan bandar raya ini dengan Singapura. Pelancaran bersempena dengan kemeriahan sambutan Hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KUCHING – Seorang lelaki warga emas yang memiliki 20 rekod jenayah lampau tumpas selepas dicekup bersama pelbagai jenis dadah di Jalan Sultan Tengah pada malam Khamis. Ketua Polis Daerah Kuching,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik