Dua saudara lemas ketika mandi di pantai

KOTA TINGGI – Keriangan sebuah keluarga bermandi-mandi di Pantai Bayu Impian di sini, petang semalam, bertukar tragedi selepas dua daripada mereka disahkan mati lemas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kesemua mereka terdiri daripada enam individu bersaudara berusia antara 60 hingga 10 tahun. Mereka telah datang ke pantai ini untuk tujuan beriadah.

“Bagaimanapun dua daripada mereka dihanyutkan iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun yang turut mempunyai talian persaudaraan cuba menyelamatkan mangsa namun terpaksa naik semula ke darat disebabkan ombak kuat.

“Kesemua mangsa lain kemudian berjaya dibawa ke darat oleh pasukan penyelamat dibantu orang awam. Namun, dua daripadanya tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT). Kes diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PBT II Ezam Mistorerrudin berkata, seramai 15 anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan pacuan empat roda Hilux dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Empat mangsa berjaya diselamatkan manakala dua lagi ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan segera memberikan bantuan pernafasan sementara menunggu ketibaan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimanapun, pihak KKM kemudian mengesahkan dua mangsa iaitu Siti Fatimah Jaafar, 33, dan Nur Arisya Hanan Mohd Salleh, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mangsa yang selamat ialah Jaafar Yusof, 60, Nur Qaisara Farhana Mohd Farid, 13, Danial Abu, 10, dan Nur Alisya Shafiya Jamil, 10, dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Related Posts

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

LUMUT – Selepas hampir lima dekad menggalas amanah mempertahankan kedaulatan perairan negara, Kapal Diraja (KD) Hang Tuah bakal memulakan legasi baharu apabila dijadikan Memorial Muzium KD Hang Tuah, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX