Perhilitan Perak buru harimau di Tanjung Rambutan

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak telah memasang perangkap khas untuk menangkap harimau belang susulan ‘raja rimba’ itu menyerang ternakan lembu di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan, pada 17 Januari lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, ketika dihubungi Bernama berkata, selepas menerima laporan, pihaknya telah memasang kamera bagi tujuan pengesanan kelibat harimau belang itu sebelum perangkap khas dipasang.

Ujarnya, biarpun tiada kelihatan kelibat ‘raja rimba’ tersebut, perangkap khas itu tetap dipasang bagi memastikan tiada perkara di luar jangkaan berlaku selain faktor keselamatan penduduk.

“Sebelum ini, kita telah pasang kamera di kawasan serangan harimau belang tersebut, namun tiada sebarang kelibat dikesan atau kelihatan.

“Justeru, untuk pastikan tiada perkara di luar jangkaan berlaku dan atas faktor keselamatan penduduk, maka kita ambil keputusan untuk pasang perangkap khas itu,”katanya.

Selain itu, Yusoff berkata, pihaknya percaya pemangsa yang dikenali dengan nama saintifik Panthera Tigris Jacksoni itu memburu makanan hingga ke kawasan penduduk disebabkan populasi babi hutan yang berkurangan di hutan berhampiran.

“Kita percaya harimau ini dalam keadaan sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan sehingga menyebabkan ia menyerang lembu ternakan penduduk,” katanya.

Justeru itu, beliau meminta, penduduk kampung supaya mengawasi dan tidak membiarkan haiwan ternakan berkeliaran terutama di lokasi kejadian.

Ujarnya, dikhuatiri sekiranya haiwan ternakan dalam kandang dibiarkan bebas berkeliaran, ia akan mengundang risiko kejadian serangan berulang.

Pada 19 Januari lepas, Perhilitan Perak mengesahkan menerima laporan berhubung serangan itu sekitar jam 12 tengah hari Jumaat lepas berdasarkan penemuan tapak kaki serta kecederaan yang menimpa lembu berkenaan.

Related Posts

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

MIRI – Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang menyarankan agar kisah anjing jalanan bernama Tompok diangkat sebagai simbol kesetiaan dan identiti bandar raya ini pada Ahad. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar