Penduduk Gaza mahu bekerja, bina semula Gaza – PBB

PENDUDUK Gaza tidak mahu bergantung kepada bantuan kemanusiaan, sebaliknya mahu bekerja sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan semula wilayah itu, kata Timbalan Penyelaras Khas Pendamaian Timur Tengah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Selasa.

“Apabila saya memasuki Gaza pagi ini, saya merasakan ini mungkin salah satu hari paling bahagia dalam kehidupan profesional saya.

“Orang yang saya temui mempunyai sikap yang berbeza. Ia membuatkan saya sangat gembira melihat mereka sudah mula bergerak, sebahagian daripada mereka kembali ke tempat asal,” kata Muhannad Hadi dalam sidang media maya, mengenang perjalanan kemanusiaannya selama 35 tahun.

Hadi berkata, walaupun bantuan kemanusiaan masih diperlukan, penduduk Gaza bersemangat untuk membina semula kehidupan mereka, lapor Agensi Anadolu.

“Mereka semua memberitahu saya bahawa apa yang mereka mahukan sekarang adalah untuk pulang ke rumah dan memulakan aktiviti menjana pendapatan. Mereka mahu bekerja, mereka tidak suka bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

“Saya rasa sudah tiba masanya wartawan antarabangsa memastikan mereka memasuki Gaza dan melaporkan secara langsung dari sana,” katanya.

Hadi menegaskan kepentingan kerjasama antara PBB, rakan kemanusiaan, negara anggota dan sektor swasta dalam proses pemulihan awal.

“Pada hari pertama, kami mencapai lebih daripada 600 trak. Pada hari kedua, saya gembira untuk mengatakan bahawa kami melebihi 900 trak, dan mungkin hari ini kami akan mencapai hampir 900 trak lagi,” ujarnya.

Namun, Hadi turut menekankan bahawa fokus tidak seharusnya hanya pada jumlah trak tetapi pada perkhidmatan asas.

“Ia bukan tentang trak. Ia tentang manusia, sambil menekankan keperluan perlindungan, sokongan psikososial, dan pendidikan,” kata Hadi.

Hadi menyifatkan gencatan senjata yang sedang berlangsung sebagai ‘peluang keemasan’ untuk pemulihan tetapi memberi amaran agar tidak leka.

“Jangan anggap bahawa, kerana ada gencatan senjata, kehidupan akan menjadi mudah dan kerja kita akan berjalan lancar,” katanya.

Walaupun menghadapi cabaran, Hadi yakin pasukannya mampu menyokong penduduk Gaza.

“Kami akan memastikan bahawa kami dapat menangani cabaran tersebut, dan semoga cabaran itu menjadi peluang untuk rakyat Gaza,” katanya.

Perjanjian gencatan senjata yang bermula pada hari Ahad menggantung perang genosida Israel di Gaza yang telah mengorbankan hampir 47,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 110,700 orang sejak 7 Oktober 2023.

Perjanjian tiga fasa itu termasuk pertukaran tahanan dan ketenangan yang berterusan, dengan matlamat mencapai gencatan senjata kekal dan penarikan tentera Israel dari Gaza.

Serangan Israel telah menyebabkan lebih daripada 11,000 orang hilang, dengan kemusnahan meluas dan krisis kemanusiaan yang telah meragut nyawa ramai warga emas dan kanak-kanak dalam salah satu bencana kemanusiaan global terburuk yang pernah berlaku.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas perang terhadap wilayah tersebut.

Related Posts

Tentera Israel didakwa anggap bayi Palestin musuh masa depan

SIDANG Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu bertukar tegang apabila beberapa negara anggota bertelagah mengenai laporan tahunan berkaitan nasib kanak-kanak dalam konflik bersenjata. Dalam sesi berkenaan, Amerika Syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang